Friday, August 24, 2007

Alfatihah...


Di dalam kehidupan ini kita tidak tahu bila masa kita akan pergi....

Dalam Kesibukan tugas serta mesyuarat semalam aku sempat melawat seorang sahabat yang di masukan di IJN kerana mengidap penyakit jantung. Walaupun pada mulanya aku agak keberatan untuk pergi kerana takut tak sempat untuk menghadiri mesyuarat pada sebelah petang .. tapi hati kecil ku berkata insyallah sempat kalau nak pergi menjengah sekejap. Lebih2 lagi bile aku mengdengar dia menyebut2 dan menayakan sabahat2nya.

Perjalanan kami yang singkat dari Dayabumi ke IJN bertukar dari panas terik terus hujan dengan lebatnya seolah2 memberi sesuatu petanda kepada kami. Semasa di IJN dia kelihatan "fighting over his life" tapi sempat bersalam dgn ku dan memohon maaf dari ku... Terasa sayu hati ini melihatkan nya dan keluarga nya. I hold his hand before I leave... dengan iringan doa dan alfatihah agar dia cepat sembuh.

Mengenang kembali kehidupan nya... I think he has spend most of his life to the company. Aku teringat dia bertungkus lumus kerja sehingga lewat malam untuk pembinan MEnara kembar Petronas. Selepas siap Menara kembar dia berusaha untuk memperbaiki diri dgn bekerja sambil belajar di UTM. Orang yang sabar dan selalu ceria.. Terkadang kita lupa di sebalik kemegahan Menara Kembar itu terdapat banyak pengorbanan dari insan2 kecil seperti Din yang orang banyak terlepas pandang... Kita kadang kala hanya nampak pergorbanan org yg berpangkat tapi lupa pegorbanan org bawahan seperti Din...

SMS yang aku terima pagi ini amat mengejutkan yang mengatakan Din telah kembali kerahmatullah jam 4 pagi di Hari Jumaat yang Mulia ni. Moga allah mencucuri rahmat ke atas roh mu Din.

Pesanan ku pada sahabat2 ku... Taburkanlah bunga2 cinta buat orang yang kita sayang selagi hidupnya jangan tunggu sehingga mereka tiada kita nak taburkan bunga2 di pusara mererka...Buatla yang terbaik untuk hidup ini agar bile kita tinggalkan dunia ni kita rasa puas dan jangan la bertanggunh membuat sesuatu mungkin dengan bertangguh membuat sesuatu, kita mungkin tidak dapat berjumpa orang yang kita sayang semasa hayatnya. Mujurla hati ku berat untuk bertemu Din semalam dapat kami bermaafan. Itu la kehidupan Setiap yang hidup pasti merasaai mati.

Marilah kita hadiahkan Alfatihah untuk sahabat ku Sharuddin atau Din ... Al fatihah...

2 comments:

N A Z M I E S K I said...

Salam Takziah dari Saya.... Nazmie

Anonymous said...

salam takziah from me too..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com