Sunday, January 20, 2008

Bagaimana Untuk Mandapat Anak Yang Cemerlang

Pagi Ahad ni motivasi di TV3 amat menarik dan suka untuk saya berkongsi bersama. Perkara yang di utarakan ialah bagaimana kita nak mendapat anak yang cemerlang dan syarat- syarat menuntut ilmu.

Menurut Imam Syafie ada 6 Syarat menuntut ilmu iaitu:-
  1. CERDIK - cerdik bermakna anak kita tu mestilah bersedia untuk menerima ilmu yang ingin di pelajari itu
  2. TAMAK - tamak bermakna anak kita itu senantiasa dahaga untuk menuntut ilmu dan ade sifat ingin tahu yang tinggi
  3. BERSUNGGUH-SUNGGUH - mestilah bersungguh-sungguh didalam menunutut ilmu
  4. CUKUP BELANJA - untuk menjadi pelajaran mestilah cukup belanja untuk pembelajaran dan pembiayaan pelajaran. Peralatan dan sebagainya
  5. GURU YANG HEBAT - Mendapat panduan dari guru yang hebat dan mempunyai semangat untuk menghasil anak-anak murid yang cemerlang
  6. KAWAN-KAWAN HEBAT - Untuk menjadi hebat, perlu mempunyai kawan-kawan yang hebat dan cemerlang agar memberi semangat untuk berdaya saing.
Di samping mempunyai quality tersebut kita perlu jangan lupa berdoa. Cara-cara berdoa ialah:

  1. Kita kena fokus semasa berdoa tentang ape yang kita nak minta untuk anak kita.
  2. Kalau boleh berdoa tu dari hati dengan penuh konsentrasi dan kalau boleh sampai keluar air mata dan minta agar anak kita jadi pelajar yang cemerlang
  3. Doa dengan khysuk
  4. Doa itu dari ibubapa khas utk anak kita dan insyallah anak kita nanti anak akan mendoakan kita
  5. Doa dari seorg guru agar anak murid jadi cemerlang
Ilmu itu penting akan membentuk masyarakat yg cemerlang.

Tanda-tanda anak cemerlang dapat di lihat dari lisan dengan memperbanyakkan membaca Al Quran, berselawat, beristigfar dan berdoa. Dengan sifat-sifat batiniah itu dapat di lahirkan dengan gerak geri yang baik, sopan santun dan dapat menjadi role model untuk adik-adiknya, kawan-kawannya dan masyarakat dunia keseluruhannya. Harap kita dapat berkongsi bersama dan cuba praktikkannya. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com