Walaupun pilihanraya baru saja selesai. Tapi bagi sesetengah pihak seolah-olah baru bangkit dari mimpi ngeri. Dalam sekelip mata semuanya berubah. Kalau dulu di pihak pemerintah kini telah menjadi pembangkang. Kalau dulu tinggal di rumah tersergam indah kini terpaksa di pulangkan. Itu la hakikatnya hidup yang amat sementara ini. Semuanya itu hanyala persinggahan semata-mata. Dan setiap kita akan di nilai dengan apa yang telah kita lakukan.
Memang keputusan kali ini amat memeranjatkan. Sepatutnya apabila tampuk pemerintah di beri kuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya, seharusnya segala strategi telah di atur dan di susun rapi oleh BN untuk menentukan kedudukan calon-calon yang hendak di pertandingkan. Adakah BN masih confuse untuk meletakkan calon yang sesuai yang mana pihak pembangkang seolah-olah telah bersedia dengan angkatan calon yang mungkin telah di rancang sejak kekalahan pada piliharaya yang lepas. Mungkin parti BN terlalu selesa dengan kedudukan yang telah ada sekarang atau ada sesuatu yang tidak kena... mungkin parti BN ada jawaban kenapa kemerosotan pencapaian prestasi piliharaya kali ini. Mungkinkah rakyat merasa, tampuk pemerintah gagal menangani isu-isu hangat seperti kenaikan harga minyak dan barang kemudahan lain, isu hindraf, lingam yang walau dengan sikap keterbukaan itu membuat rakyat masih tertanya-tanya ketelusan dan reaksi terhadap isu tersebut. Isu tersebut masih belum selesai dan tampuk pemerintah mestilah perihatin tentang apakah punca rakyat ingin satu kelainan dalam pemerintahan dengan memilih pembangkang. Perlu ada muhasabah diri bagi yang kalah dan cuba memperbaiki keadaan agar kekalahan itu dapat di jadikan iktibar. Manakala yang menang, anggaplah itu suatu amanah rakyat yang maukan mereka itu berjuang kerana rakyat.
Moga NegaraKu Malaysia akan tetap makmur, harmonis dan berkembang pesat serta menjadi negara contoh terunggul di dunia. Ini la pandangan saya sebagai rakyat biasa.

No comments:
Post a Comment