Sunday, April 20, 2008

Dapat Pingat Anugerah Sultan Johor....

Pingat Ibrahim Sultan(Depan)

Pingat Ibrahim Sultan (Belakang) Arwah Rogayah

Pingat Sultan Abu Bakar (Depan)


Pingat Sultan Abu Bakar (Belakang) Tuan Haji Musa

Hari ini adalah hari yang bersejarah dalam hidup saya kerana mendapat Pingat Anugerah Sultan Johor. Siapa la tak bahagia, gembira dan ceria bila di beri penghargaan begitu terutama sekali dari Sultan dan Pemerintah Negeri Johor Darul Takzim. Rasa diri ini amat di hargai. Sebenarnya pingat tu bukan di anugerahkan kepada saya tapi sebaliknya di anugerahkan kepada Bapa Mertua dan Arwah Kakak saya oleh Sultan Johor di atas jasa-jasa mereka kepada Negeri Johor.

Sebenarnya niat hati pada mulanya hanyalah untuk mengambil gambar pingat tu aje dan nak masukkan dalam Blog. Tapi abang ipar saya dengan murah hati berkata ambil la pingat Arwah Long tu buat kenangan... Moga pingat peninggalan dia itu memberi semangat kepada saya untuk menjadi insan contoh macam dia sehingga mendapat anugerah sepertinya. Memangla teringin sangat nak dapat pingat... Syukur alhamdulillah... Mana la tau satu hari nanti ada Agung ke Sultan ke yang nak menganugerahkan pingat buat saya pula.. Insyallah..

Balik rumah my in law, ceritala kat my father in law... dan dia kata dua pun di anugerahkan pingat dari Sultan Johor dan dia kata ambil la pingat tu abah bagi kat awak. Syukur Alhamdulillah... hai bertuah punya menantu. Moga-moga dengan adanya pingat-pingat tu aura mendapat pingat sendiri mungkin semakin cepat kot... hehehe. Ingat nak mula hobi baru pula la kumpul pingat lak...

2 comments:

Anonymous said...

wah tahniah...
bukan senagn nak dapat pingat tu...

Anonymous said...

alhamdulilah moga allah kurnia rahmat atas keluarga saudara... pingat almarhum sultan ibrahim itu ada juga saya simpan sebagai kenangan dan sebagai pengubat rindu kepada almarhum itu.
Mengenai penganugerahan itu... terpulanglah kepada mereka yang berada di atas tahta mengurniakan kepada sesiapa yang mereka berkenan yang telah berjasa. Mohon saya... sukalah kiranya dijaga dan dipelihara akan pemberian paduka itu. Janganlah ia diguna pada tempat yang tiada hak. Kenang-kenanglah jasa mereka itu dan jadikanlah ia semangat bagi menerukan kehidupan... sebagai orang yang diberi penghormatan dan sanjungan....
Moga allah cucuri rahmat atas paduka ninda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com