Semalam saya ada terima email dari seorang teman menceritakan tentang pergorbanan seorang kawan dan isteri.. Kisahnya amat meyayat hati dan kalaulah cerita ini benar, saya tak sangka ada orang yang tidak berhati perut macam itu. Tapi sekarang memang rata-rata cerita serupa pernah kita dengar. Moga ianya menjadi iktibar kepada kita dan agar kita berdoa kehadrat illahi agar janganlah dia duga kita dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh kita. Moga kita semua selamat hendaknya. Begini kisahnya....
Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, am ana h yg tak terhingga nilainya. Isteri dan ana k utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..
Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena kanser payudara... .dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada... kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun... .
Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wifeno.1 dan yg paling kejam... wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2... kejam kejamsaya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yghalau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisahsangat... tapi jauh di sudut hati saya... memang terasa kejam... sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorb ana n wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang ana knya.masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. sayacakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu... .saya malas lah nak bertekak... saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri... dia tak nak... dia katapayah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar tuhan je balas di atasperbuatan kejamnya ke atas wife no.1.kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur39 tahun. Tua dari kawan saya tu.
Masa kawan saya belajar dulu... memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat... .wife dia dah kerja sebagaioperator kilang... so wife no.1 tu banyak support study kawan sayatu... lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawansaya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang... ade ke... kawan saya tu... .selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia... cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggalsama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumahsebelah... saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2wife no.1 dari balconi... .wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu... kat bawah... saya tengok... ana k2 dia yg 4 org tu dgn maid... menangis2pungut baju mak dia... kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap... "kau org cakap gan mama kau... kalau nak papa jaga sampai mampus... jgn lawan cakap papa... "tak boleh saya bayangkan macam m ana perasaan ana k2 dia bila dengar papa dia cakap camtu... ana k ana k no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu... so... seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu... sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu... maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie.
Ini ker ana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan sayatu.aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03... sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia ker ana honeymoon dengan wife no.2 ke France .
Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airportchangi, Maid arwah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas... saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa arwah ke hospital... sebelum arwah pergi kehospital... dgn kepayahan aruah mencium dua ana k kembarnya(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. arwah juga berpesan kepada 2 ana k perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yg dia akan pergi
Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wifesaya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjal ana n aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan ana knya... Saya masa tu hanya menginggalkan pes ana n sms kat rakan saya yg isterisakit ker ana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.masa kat hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukanrawatan yg teruk2 ker ana dia dah nak pergi... memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital... arwah masih dalam bilik rawatan... .abg arwah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang. dan abg arwah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.saya dengan abg arwah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.
Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utkpengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.
Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telahbanyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelianperalatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah arwah dapat di bawakerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.
Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.masa jenazah dirumah ana k2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap... tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal arwah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu ker ana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.
Masa urusan pengebumian tu, ana k2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila t ana h di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni,setiap malam ke empat2 ana k aruah tidur bersama sama saya... mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama... mama... mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan... senyap2 sayang... papa ada... dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu... supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...
Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)
Sedih juga kisah ini, moga kita mendapat iktibar dari kisah ini. Maaflah kalau susunan ayat tidak berapa molek dan kemas almaklumlah main cut and paste aje....
OK la tunggu aje kisah selanjutnya.
1 comment:
pengorbanan seorang isteri amat tinggi nilainya..tak terbalas dengan apa yang ada.ingatlah para suami, isteri adalah ibu kepada sega-galanya..
Post a Comment