Monday, July 28, 2008

Pate Take






Pada malam sabtu lepas saya sekeluarga telah pergi menonton tari drama Pate Take di Panggung DBKL. Masuk adalah percuma. Itu pun tahu dari seorang sahabat yang kerja di DBKL. Memandangkan masuk percuma, saya pun bercadang untuk membawa keluarga ke sana. Kasi dia orang appreciate seni budaya kita.

Acara bermula lepas solat isya. Penuh juga panggung tu. Ceritanya menarik juga. Amat berbakat pelakon-pelakon tu. Termasukkan sahabat saya tu. Rupa-rupanya dia pun turut serta dalam tari drama tersebut. Tahniah Jass. Keep it up.

Saturday, July 26, 2008

Laman 2008








Sabtu baru ni saya ke Laman 2008. Sebenarnya dari minggu lepas nak pergi tapi tak kesempatan. So pagi-pagi lagi dah bangun untuk ke Tasik Perdana. Tiket Masuk Rm3 seorang dewasa. Bagus juga banyak gerai pokok-pokok termasuk orkid, booth menjual bahan-bahan landskap dan peraduan mengubah sireh junjung.

Saya tak masuk la tapi perserta hanya terbuka pada lelaki aje. Wah talented juga dia orang tu. Senang la kalau anak teman nak kawin nanti.. hehe. Dalam ramai-ramai tu rupa-rupa kawan saya yang baru kawin yang tinggal di Kedah. So sempatlah bergambar lagi dengan dia... Tahniah untuk Azman kerana dapat nombor 2 dalam pertandingan mengubah sireh junjung tu...

Tuesday, July 22, 2008

Krusus Di Avillion





Minggu lepas pada tanggal 14 July 2008 saya ke PD kerana menghadiri krusus 3 hari tapi dapat hadir hanya satu hari saja kerana ada tugas-tugas yag lebih penting di pejabat.

Cantik tempatnya. Chalet di bina di laut dan amat sesuai untuk bersantai di sana.

F&N Advert





Hmmm tengok interesting pulak advert F&N ni and like to share it with you.

Monday, July 21, 2008

Durian Fest

Durian yang baru gugur di kebun
Buah Asam Gelugur
Tengah menjolok Buah Asam Gelugur
Longokan Durian untuk di jual
Bergambar dengan Tuan Haji Yakcob

Pagi Sabtu saya menerima panggilan talipon dari seorang sahabat yang sama-sama pergi menunaikan fardu haji pada 2 tahun lepas. Saya masih teringat lagi masa kami berehat di hotel semasa di Mekkah sedang kami menceritakan perihal hidup masing-masing, Tuan Haji Jamanhuri menceritakan yang dia ada kebun durian di Kg Gajah, Perak dan masa tu dia mempelawa kami untuk mengunjungi kebunnya bila ada musim durian.

Mungkin dengan sebab janjinya itu dia beriya mengajak kami ke kebunnya dan menalipon kami sejak 2 minggu yang lalu. Memandangkan kami tiada apa-apa perancangan pada hari Sabtu yang lepas, kami pun bersetuju untuk pergi. Kami sempat juga panjangkan jemputan ke seorang sahabat lagi, Tuan Haji Abdul Karim namanya dan beliau bersetuju.

Kami memulakan perjalanan selepas Zuhor. Dari rumah kami di Bukit Beruntung kami melalui lebuhraya hingga ke Gopeng dan mengikut jalan Batu Gajah ke Kg Gajah. Rupanya tempat Tuan Haji Jamanhuri tu berdekatan dengan Pasir Salak.

Kami singgah sebentar di rumahnya dan kemudian meyusul ke kebun. Hai maklum orang tak de kebun sendiri, seronok merasa suasana di kebun. Banyak juga pokok durian di kebunnya. Dan semasa di kebun, saya pertama kali berjumpa dengan pokok asam gelugur atau asam keping. Masa di sana kami makan buah durian puas-puas.

Dari situ kami meyusul pula ke Kg Setia ke rumah seorang lagi sahabat yang sebilik dengan kami semasa di Mekkah iaitu Tuan Haji Yakcob. Di sana kami di jamu makan malam.

Di perjalanan pulang kami singgah sebentar di Teluk Intan dan kemudian terus pulang ke rumah. Sampai di rumah sudah jam 1 pagi. Mujur ada co-pilot boleh juga tidur separuh jalan...

Menyingkap kembali kenangan semasa mengerjakan fardu haji bersama sahabat-sahabat membuat saya insaf. Mereka tu hanya kerja kampung dan kerja sendiri tapi mampu mengerjakan rukun yang lima. Sedang kita ni kadang bergaji mungkin lebih dari mereka tu tapi masih belum mendapat kekuatan untuk menunaikan rukun yang lima. Moga Allah senantiasa memilih kita untuk sering mengunjungi Kaabah di Mekkah dan Maqam Rasullullah saw selalu. untuk menunaikan fardu haji dan umrah amin.

Thursday, July 17, 2008

Kisah Seorang Janda

Sejak kebelakangan ni saya ketandusan idea tak tau nak tulis apa di Blog ni. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca politik yang tak menentu. Kadang-kadang kecewa juga dengan sikap pemimpin yang bertelagah tentang kepentingan diri dan lupa tentang tanggung jawab pada masa depan masyarakat dan negara. Lupakanla sebentar hal tu kerana hari ni saya ingin menceritakan kisah yang menimpa seorang janda.

Dari perwatakan dirinya tampak dia seorang muslimah yang solehah. Telah berkawin lebih 15 tahun dan telah di kurniakan empat orang anak. 3 lelaki dan seorang perempuan. Suaminya nampak ciri-ciri suami yang soleh dan kerap ke mesjid. Kadang kala aku iri kerana tidak dapat mengikuti jejaknya yang sering solat berjemaah di mesjid dan tidak tinggal dengan usaha agama berdakwah kepada masyarakat. Anak-anak mereka pun amat berdisplin dan mengikut jejak langkah ayah mereka dan bagi saya merekalah keluarga yang mithali.

Rupanya air yang tenang jangan di sangka tiada buaya..... Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Rupa2nya dalam keharmornian rumahtangga itu hanya retak menunggu belah. Tapi semuanya di susun dengan rapi oleh sang suami atau ianya hanya secara kebetulan.

Lebih dua tahun yang lalu, si isteri menyuarakan hasrat untuk menjadi ayahnya yang telah uzur dan si isteri pun berpindahlah ke rumah ayahandanya di Banting dan si suami berulang seminggu sekali untuk melihat keadaan isteri dan anak-anak.

Entahlah dalam semasa setahun berjauhan dengan si isteri, hati si suami menjadi sepi dan secara kebetulan ada pun si gadis yang cuba memikat si suami yang sepi keseorangan. Di pendekan cerita, si suami itu telah berkahwin dengan si gadis pilihan hati itu tanpa pengetahuan si isteri yang pertama. Meyedari tanggung-jawab sebagai isteri pertama, si isteri telah mengambil keputusan untuk berpindah semula ke Sungai Buaya untuk bersama suami.

Tapi gerak-geri suami tampak telah berbeza dan lama-kelamaan dapat di hidu juga oleh si isteri. Apa lagi timbullah pertelingkahan dan dalam keadaan yang genting itu, si suami terus melafaskan talak pada si isteri. Hancur luluh hati si isteri. Kesetiaan dia selama ini telah di khianati oleh orang yang amat dia hormati dan cintai.

Setelah bercerai, hidup sebagai ibu tunggal bukan la mudah. Lebih-lebih lagi bila ingin membesar anak yang 4 orang. Si isteri itu terpaksa menjual kueh bahulu untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Hidup mereka serba kekurangan.

Kalau dulu ada kenderaan kini telah tiada.... Itu pun atas tipu muslihat si suami. Dia katakan pada bekas isterinya yang dia nak pergi servis kereta. Dah dua tiga hari kereta yang di servis tidak di pulangkan. Bila di tanya pelbagai alasan yang di beri. Nak di jadikan sebab suatu hari si isteri dalam perjalanan ke bandar RAwang, terserempak dengan keretanya di Used Car. Rupanya si suami hendak menjual kereta yang di gunakan oleh si isteri tadi. Bak kata perpatah dah jatuh di timpa tangga.

Baru-baru ni pula, dengar berita rumah yang siisteri duduki sekarang pun hendak di lelong.... Hai apa la nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Tergamak sang suami melakukan itu semua pada isteri dan anak-anaknya sendiri.... Entahlah tak sampai hati melihatkan hidup mereka sekeluarga. Apa yang kami boleh buat ialah membantu setakat yang mampu. Tapi bagaimana masa depan anak-anak mereka yang kian membesar.... Tapi mereka sekeluarga tetap sabar walaupun yang akan mereka tempuhi....

Moga kisah ini menjadi iktibar kepada kita. Anak-anak adalah harta kita, baik didikan kita, insyallah dapat kita kutip hasilnya bila kita di alam barzakh.

Moga allah melindungi kita dari segala bentuk dugaan yang tak tertanggung oleh kita. Amin

Sunday, July 6, 2008

Majlis Khatam Quran




Alhamdulillah Majlis Khatam Quran dan kenduri doa selamat telah selamat di jalankan. Beberapa orang adik beradik saya pun turut hadir dalam majlis tersebut.

5 orang kawan-kawan kelas Deanna turut serta dalam majlis khatam quran tu. Majlis bermula jalan 11 pagi and majlis tahlil arwah dan doa selamat bermula jam 2 petand. Kami menjemput anak-anak tahfiz alquran untuk meraikan majlis kami.

Wednesday, July 2, 2008

Santai di clearwater

Attended wedding in Ipoh and decided to stay at Clearwater with the kids.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com