Monday, July 21, 2008

Durian Fest

Durian yang baru gugur di kebun
Buah Asam Gelugur
Tengah menjolok Buah Asam Gelugur
Longokan Durian untuk di jual
Bergambar dengan Tuan Haji Yakcob

Pagi Sabtu saya menerima panggilan talipon dari seorang sahabat yang sama-sama pergi menunaikan fardu haji pada 2 tahun lepas. Saya masih teringat lagi masa kami berehat di hotel semasa di Mekkah sedang kami menceritakan perihal hidup masing-masing, Tuan Haji Jamanhuri menceritakan yang dia ada kebun durian di Kg Gajah, Perak dan masa tu dia mempelawa kami untuk mengunjungi kebunnya bila ada musim durian.

Mungkin dengan sebab janjinya itu dia beriya mengajak kami ke kebunnya dan menalipon kami sejak 2 minggu yang lalu. Memandangkan kami tiada apa-apa perancangan pada hari Sabtu yang lepas, kami pun bersetuju untuk pergi. Kami sempat juga panjangkan jemputan ke seorang sahabat lagi, Tuan Haji Abdul Karim namanya dan beliau bersetuju.

Kami memulakan perjalanan selepas Zuhor. Dari rumah kami di Bukit Beruntung kami melalui lebuhraya hingga ke Gopeng dan mengikut jalan Batu Gajah ke Kg Gajah. Rupanya tempat Tuan Haji Jamanhuri tu berdekatan dengan Pasir Salak.

Kami singgah sebentar di rumahnya dan kemudian meyusul ke kebun. Hai maklum orang tak de kebun sendiri, seronok merasa suasana di kebun. Banyak juga pokok durian di kebunnya. Dan semasa di kebun, saya pertama kali berjumpa dengan pokok asam gelugur atau asam keping. Masa di sana kami makan buah durian puas-puas.

Dari situ kami meyusul pula ke Kg Setia ke rumah seorang lagi sahabat yang sebilik dengan kami semasa di Mekkah iaitu Tuan Haji Yakcob. Di sana kami di jamu makan malam.

Di perjalanan pulang kami singgah sebentar di Teluk Intan dan kemudian terus pulang ke rumah. Sampai di rumah sudah jam 1 pagi. Mujur ada co-pilot boleh juga tidur separuh jalan...

Menyingkap kembali kenangan semasa mengerjakan fardu haji bersama sahabat-sahabat membuat saya insaf. Mereka tu hanya kerja kampung dan kerja sendiri tapi mampu mengerjakan rukun yang lima. Sedang kita ni kadang bergaji mungkin lebih dari mereka tu tapi masih belum mendapat kekuatan untuk menunaikan rukun yang lima. Moga Allah senantiasa memilih kita untuk sering mengunjungi Kaabah di Mekkah dan Maqam Rasullullah saw selalu. untuk menunaikan fardu haji dan umrah amin.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Ek seronok ya ke dusun durian.....gue baru tahu sekarang sudah musim buahan disini. Maklum baru sampai belum banyak menjelajah lagi. Namun tertaik dengan komentar anda tentang Haji Yaakob. Rezeki mereka lebih berkat nampaknya begitulah pandangan gue

Mohamad said...

SO bila berkesempatan untuk bersembang-sembang mat? Contact la I.

Cerita fasal Durian, Tu la kadang di lihat rezeki dari titik peluh sendiri lagi berkat nampaknya. Moga allah memberkati rezeki kita semua dan memudahkan kita untuk menunaikan haji dan umrah lagi dan lagi...

Rush Murad said...

Bila nak belanja makan durian? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com