Kalau masa Rasulullah saw isra' menaiki Buraq yang hebat aku hanya menaiki pesawat. Setiap kali saya berada di udara, saya amat kagum denga kebesaran illahi dan terasa diri ini terlalu kerdil. Pandangan dari pesawat ke bumi amat kecil sekali... menunjukkan kita ini terlalu kerdil di sisi Allah. Tapi Allah yang maha berkuasa mengetahui setiap isi hati kita. Subhanallah...
Perjalanan ke Qatar mengambil masa lebih kurang 7 jam. Kami berlepas jam 3.35 pagi dan sampai ke Qatar jam 5.45 pagi waktu Qatar. Semasa dalam penerbangan saya sempat mengambil gambar suasana awan.
Perjalanan ke Qatar mengambil masa lebih kurang 7 jam. Kami berlepas jam 3.35 pagi dan sampai ke Qatar jam 5.45 pagi waktu Qatar. Semasa dalam penerbangan saya sempat mengambil gambar suasana awan.
Di dalam penerbangan kami di hidangan dengan mushroom pizza tapi tak sempat nak ambil gambar terus ngap. Sebelum mendarat kami di hidangkan sarapan pagi. Nasi Lemak... Boleh makan tapi lebih sedap lagi masakanan isteri...
Saya sempat solat subuh di pesawat. Alhamdulillah moga Allah memberi saya kekuatan untuk menjalani solat 5 waktu walau di mana saya berada samada di bumi, laut atau udara. Amin.
Beginilah suasa Qatar jam 5.45 pagi. Matahari telah pun terbit tapi nampak berkabus. Sesampai di Arrival Hall saya terus ke immigration. Di immigration, kebanyakkan pegawainya adalah kaum Hawa. Sesudah di cop saya pergi ke tempat mengambil barang-barang. Alhamdulillah setelah semua barangan di perolehi saya pun keluar menunggu Pascole, driver company baru untuk membawa saya ke hotel.
Perjalanan dari airport ke hotel memakan masa lebih kurang 30 minit kerana jalanraya amat sesak juga macam di KL kerana orang-orang sibuk untuk pergi kerja.
Saya tinggal di Ezdan hotel, West Bay Al Dafna bilik 3314 untuk jangkamasa sebulan. Selepas ini saya terpaksa la mencari tempat tinggal sendiri.
Ikuti sambungan seterusnya.. dalam Hijrah 3

1 comment:
i didn't attend ur lecture, i missed it coz doing some work regarding my fyp at the lab..
i heard about u and ur blog from my fren of mine, Khairul Azhar [internship]..
he did mention that ur r the most important person during building klcc...
Post a Comment