Friday, October 17, 2008

Hijrah 3 - Penghidupan Baru

Bukan mudah untuk memulakan penghidupan baru di perantauan. Teringat di zaman pengajian di UK dulu. Masa dulu memang excited kerana hanya ada diri sendiri SOLO. Tapi sekarang dah ada keluarga asyik teringat aje kat mereka. Mujurlah ada internet boleh guna Skype dan YM. Terima Kasih utnuk Skype dan YM.

Sesampai saja di hotel saya pun mula mengemas barang-barang. Setelah selesai mengemas saya cuba membuat hubungan internet. Malangnya saya di maklumkan supaya membeli LAN cable sendiri. Bila saya minta iron dia kata kena tunggu 2-3 hari. Itu la dugaan pertama. So i decided to go to the city centre and shop.




Memandangkan baru lagi di sini dan tak tau macam mana hendak ke sana, saya pun berjalan kaki sambil mengambil gambar suasana sekeliling. Rata-rata construction di Qatar ni adalah di mana-mana. Everywhere is a construction site. Cuaca pun amat panas, kering dan terik.

Sesampai aje di shopping complex baru terasa sejuk sikit. Shopping complexnya lebih kurang suria KLCC tapi agak lengang aje. Kebanyakkan berbilang bangsa.

Saya terus ke Carrefour kerana petangnya ada appointment untuk jumpa boss baru. Saya membeli barang keperluan dan juga makanan. So far tengok dari barangan yang di jual serupa aje yang ada di Malaysia. Cuma cari kicap malaysia je tak jumpa ada Made in Thailand dan China. Rasanya next trip kenala bawa dari Malaysia. Orang melayukan kalau tak makan kicap tak sah.

Pada malamnya saya di jemput oleh sahabat satu pejabat dulu yang lebih awal berhijrah ke Qatar. Saya di jamu di rumahnya. Selepas makan malam satu terus pulang kerana dan mengantuk sangat. Jet lag la katakan dan sedar aje keesokkan hari nya dah pukul 3 pagi.....

Semalam saya memulakan projek baru. Taklimat di beri oleh Joseph dan Osama ( Project Director). Saya di beri tugas untuk review concept design drawings. Itulah serba sedikit pengalaman singkat saya di awal-awal penghijrahan saya.



Harap pelayar Blog saya tidak bosan dengan paparan tentang penghidupan saya di Negara baru ini.

1 comment:

SyuQ said...

syukur alhamdulillah en.mohamad sampai ke doha dgn selamatnya. LaraHati doakan kesejahteraan en.mohamad di sana. semoga tabah menghadapi hari2 mendatang di negara orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com