Monday, November 3, 2008

Working Abroad....

Saya ingin berrkongsi cerita khasnya bagi mereka yang dalam perancangan untuk bekerja di luar negara.

Mungkin ramai yang ghairah untuk bekerja di luar negara terutamanya timur tengah. Dengan berita yang menghabarkan gaji yang lumayan di tambah lagi dengan kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekarang ini. Kenaikkan harga barang keperluan. Masing-masing mencari jalan keluar terbaik untuk memperbaiki keadaan hidup keluarga. Saya tidak terkecuali dari fenomena ini.

Malah bagi diri saya yang telah mempunyai jawatan tetap dengan syarikat yang kukuh mebuat saya berfikir bepuluh-puluh kali sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja di Malaysia dan bekerja di luar negara. Maklumlah setelah bekerja 14 tahun di syarikat itu keadaan saya agar stabil malah saya adalah antara orang-orang yang awal yang berkecimpung dalam pembinaan KLCC. Demi untuk membela nasib keluarga yang kian membesar saya membuat keputusan untuk berhijrah ke Qatar.

Sebelum saya bertolak, saya sempat berbual bersama anak-anak saya memberitahu mereka akan tujuan saya ke Qatar. Saya memberitahu mereka yang saya di lahirkan dalam keluarga yang besar iaitu 10 orang adik beradik semuanya. Abang-abang dan Kakak2 saya terpaksa berkorban cita-cita mereka untuk ke menara gading agar adik2 dapat pergi kesekolah. Pernah kakak saya yang kedua mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Tunku Kursiah tapi tawaran di tolak kerana ayah tidak mampu untuk menyara kos pembelajaran di masa itu. Maklum gaji seorang polis masa tu hanya RM350 saja. Jadi kebanyakkan abang dan kakak saya bekerja sebaik saja habis Form 5 agar bebanan keluarga dapat di ringankan. Saya bersyukur, kerana saya mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Mungkin tanpa biasiswa tak tau la nasib saya macam mana...Mengenangkan kisah yang silam, saya tidak ingin ianya berlaku terhadap keluarga saya. Agar nanti jika mana-mana anak saya yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang mereka minati, saya mampu menyara pelajaran mereka di dalam maupun di luar negara....

Dan di dunia ni kita perlu membuat pengorbanan untuk memperolehi apa yang kita impikan...

Saya mendapat tawaran dalam bulan Ogos lepas dari sebuah syarikat yang beribu pejabat di New Jersey, USA. Temuduga di buat melalui panggilan talipon sahaja. Temuduga tersebut mengambil masa lebih kurang 45 minit. Pelbagai aspek di tanya untuk menguji kebolehan dan kemampuan saya menguruskan sebuah projek. Dua hari selepas itu saya mendapat surat tawaran untuk bekerja dengan syarikat tersebut.

Di dalam fikiran saya, adakah ini suatu mainan atau realiti. Setelah beberapa kali berhubung dengan syarikat tersebut, saya dapati ianya memang realiti dan saya pun berbincang dgn isteri saya. Beliau memberi sokongan penuh. Jadi segala keputusan adalah di bahu saya sendiri. Setelah berfikir masak-masak dan beristikharah saya membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut dan berhijrah ke Qatar.

Memangkan cita-cita saya untuk go global dan menjadi anak Malaysia yang membina mercu tanda di serata dunia di samping menimba pengalaman baru di perantuan agar ilmu yang di timba itu dapat di kongsi bersama dengan anak-anak generasi Malaysia. Itu lah niat di hati bila menerima tawaran tersebut. Bagi saya kita perlu berusaha untuk dapatkan apa kita hendak dan tiada yang mustahil.

Dengan semangat berkobar-kobar saya pun memulakan langkah ke Doha Qatar. Segala persiapan dari tiket kapal terbang sehinggalah transport dan tempat tinggal di uruskan oleh pihak syarikat baru. Kira OK la kerana tidak la nanti terpinga-pinga untuk nak settle down.

Sampai aje di airport dah ada orang tunggu. Dia tu warga filipino yang dah bekerja lebihkurang 10 tahun di situ. Pasquel namanya. Menurutnya untuk minggu pertama dia akan ambil dan hantar saya pergi dan balik ke pejabat. Di hotel, kami di sediakan single standard room untuk selama sebulan. Jadi untuk bulan pertama tu tidak la tergesa-gesa nak mencari rumah.

Rumah di sini rat-rata mahal 2 belaka. hotel yang saya tinggal dalam QR 8000 sebulan. Kalau di luar apartmen 2 bilik un furnish QR 8500 jadi banyak pertimbangan yang perlu di buat. Tapi sebelum boleh sewa rumah dsb.

Setiap orang yang ingin bekerja di Qatar perlu menjalani ujian darah dan X-Ray. Setelah itu kami juga di kehendaki untuk mengambil imbasan cap jari kesemua jari di tangan termasuklah tapak tangan. Selepas seminggu baru la kami dapat resident permit. Kalau dah ada resident permit ni mudah sikit. Boleh kerja, beli kereta dan sewa rumah. Selagi tak ada rumit.

Bagi yang mempunyai lesen Malaysia, mereka kena mengambil lesen semula. Lesen international Malaysia hanya boleh pakai hanya seminggu dan jika kita tinggal lama kena la mengambil kelas memandu. Lesen UK, USA dan GCC di terima. Jadi tak sia-sia saya mengambil lesen British masa belajar di UK dulu. Itu lah kekadang kesusahan kita di masa lepas ( kerana kena ambil test 2 kali) adalah untuk menyediakan kesenangan kita di masa hadapan. Begitu cantik pengaturan Allah tentang kehidupan kita cuma kita perlu berfikir.

Jadi sehingga kita saya masih belum dapat Resident Permit lagi. So kalau dah dapat baru la senang nak ke sana dan sini. Kerana transport sini tak macam Malaysia. Teksi tak banyak especially peak hours. So buat sementara ni saya tumpang orang ke pejabat. Dia akan ambil dan hantar setiap hari dan cajnya QR500 sebulan. Bolehlah nak buat cam manakan. Dari datang lewat kepejabat.

Mengenai tempat di Doha ni. I would say OK. Tak boleh la nak compare macam kat Malaysia Banyak tempat under construction especially kat West Bay area. Shopping yang selalu kami pergi ialah di City Centre. Tempat dia lebih kurang suria klcc la tapi ada skating ring kat tengah2.

Sini kerap jalan jam tapi jalan mungkin kerana sini banyak round about. Dan mungkin kereta murah sini. Minyak dalam 70 sen seliter kalau tak silap. Ramai juga keluarga melayu di sini. Ada yang keje dgn authority, QP dan ada juga kontraktor dari Malaysia seperti Muhibbah dan UEM.

Kedai makan banyak di dominasi kan oleh orang keturuan India. So kerap juga breakfast makan roti canai capati dsb. Ada satu kedai masakan melayu.. Kebayan ke Kebaya tak sure fasal tak pernah pergi lagi.. Harga lebih kurang kot. Klau capati atau roti canai dgn kuah khimar QR7 je.

Kadang dah sorang ni malas sini nak masak. Lebih-lebih lagi bila duduk kat hotel ni. tak boleh nak goreng-goreng sangat.

Beralih tentang kerja... Hmm first week tu culture shock. Kalau dulu saya ada office walau pun dekat site, sekarang ni office kami lebih kecil dari site office saya yang dulu. Kalau dulu ada work station, sekarang ni guna conference table aje. Notebook pun kena guna sendiri. itu pun kadang jadi macam nomad bila conference room tu ada meeting. Kena la beralih ke meja lainTapi dengar cerita mungkin company nak bagi tapi tak tau lak bila.

Di office ini the lower rank filipino.. mereka keje admin dan document control. Executive ramai Indian and Asian. Higher Management orang Arab. Ingat company Mat Salleh tapi da jadi Arab dah. Rasa macam tertipu pulak. Dan orang Arab ni style keje dia lain sikit. So I am back to BAsic. Dia bukannya nya kesah your past experience dan kadang kata dia orang aje yang betul Tak nak dengar cakap orang lansung!. Ada sekali pergi meeting pas tu kena tulis minutes. Tapi dalam meeting tu dia orang semua bedal cakap arab. so ape yang nak di minit kan.. Main bedal aje la ... tapi ok gak 70 % betul. Dia orang ni kalau bercakap macam nak gaduh dengan tangan semua naik. mula-mula tu pelik juga. Sekarang dah immune. Ingat nak belajar la bahasa arab so that I can talk like them. Saya di beri projek yag 18 dan 24 tingkat yang saya rasa kurang mencabar. I rasa my talent is not fully utilised. Tengok design dia pun hopeless. Kesian kat Client dia orang kat sini. Tapi apa yang penting cukup bulan masuk gaji. Construction kat sini insyallah will go on maybe another 20 odd years. Baru ni Emir baru umumkan Vision 2030. I can see they will succeed.

As for me how long can i last... entah la susah nak cakap. But I know allah send me here for a purpose and I will learn as much as I can, impart whatever knowlege as I can and when I have obtained my objective I will perhaps decide to do other things. Maybe buka project management company kat sini. Tengok fees dia orang kencang2. Bangunan 20 tingkat tu pun dapat fee dekat QR 10 juta.

So bagi yang ingin mencuba nasib di timur tengah ask your self this question Why u want to be here. You must have more than One reason to be here. Once you are here you may not get all that you wish for but if there is still one thing that can be your purpose of being here, it will help you to move ahead and stay on. In my case i guess now that kept me moving is only my pay cheque at the end of the month.

So bagi yg dah dapat tawaran tu. Good luck dan bagi yang belum tu selamat mencuba, Moga sukses. Kalau ada apa-apa pertanyaan sila la tanya. I may not be the best person to answer this but I wil try to share what ever i know. I don't you t make the wrong move. Ada my cousin dapat offer kat Dubai. Baru seminggu kerja he was not happy. not happy with the place and not happy with the perks. So investigate betul-betul make sure it is in black and white. Oklah nanti sambung lagi kalau ada modal.







9 comments:

SyuQ said...

'ayat-ayat cinta...' I luv that song, the movie and the novel. thanks 4 da video clip en.mohamad...

sebuah citer ttg pengorbanan bila kasih bukan sekadar cinta...

Anonymous said...

Salam, insya Allah suami saya akan join ADNOC di Abu dhabi akhir Sept 2012. Saya dan anak2 (8 dan 5 thn) akan menyusul ke sana Nov 2012 ini. Kami berfikiran positif untuk ke sana, tapi hati masih risau objektif ke sana untuk simpan untuk masa depan skeluarga lebih2 lagi utk anak2... Saudara ada cerita kehidupan rakyat kita di sana yang boleh dikongsikan. Terima kasih.

Mohamad said...

Saya tak berapa pasti cost of living di Abu Dhabi macamana tapi apa yg saya tau ianya lebih mahal dari Qatar dan Saudi terutamanya rumah. selalunya sebelum make the move kena buat calculation tentang apa yg di offer dan cost of living. mgkn sewa rumah dalam 8k-10k sebulan, sekolah anak2 dalam 20K setahun utk seorg anak. makan, minyak talipon etc dalam 1K - 2K sebulan. selepas tolak tu semua kalau masih boleh save alhamdulillah. macam saya di jeddah kalau nak bawa semua anak yg lima sekolah di sini mau dalam 100K setahun. so fikir2kan la... yg penting istikarah insyallah berkat.

Unknown said...

Salam... saya seorang isteri dan masih tidak mempunyai anak. Baru2 ini saya mendapt emel mengatakan saya telah dipilih utk kerja di al ain abu dhabi.. sebenarnya memang saya apply utk kerja di sana.
Hati berbunga bunga tapi bercampur risau.. tujuan saya cuma satu. Kerja sungguh2 dan dapat kan slary the highers i can achieve utk dihantar kepada suami n parent.. saya tak berhajat membawa suami dan dia pun tak mahu pergi.... sekarang masih risau menunggu hujung bulan apr bertolak... risau sangat. Just want to share

Mohamad said...

Salam Ckin Zain, alhamdulillah anda telah di murahkan rezeki untuk merantau ke Abu Dhabi. Saya kurang pasti apa jawatan yg di berikan dan apakah package yg di tawarkan. Kalau Puan ingin maklumat lanjuat boleh la email ke saya the details.

Secara am ada beberapa perkara yg ingin saya berkongsi dgn Puan agar Puan boleh menilai setiap satu dgn terperinci sebelum membuat sesuatu keputusan dan ini boleh di senaraikan seperti berikut:-
1)Seeloknya buat la solat isitakarah agar mendapat restu allah jika ianya terbaik utk U.
2) Minta izin suami dan keluarga agar jiwa agar tenang bila bekerja di rantauan.
3) Teliti offer dan package yg di beri samada ianya betul2 berbaloi. Ini termasuk latar belakang company dsb. kestabilan company etc. Utk makluman cost of living di Abu Dhabi agak mahal, one bedroom apartment mgkn dalam AED 5K sebulan. Jika kediaman di beri maka kurangla sikit beban bulanan.

What about transportation? Agak sukar utk ke sana sini tanpa transport. Adakan company akan provide atau include dalam package. One thing good, di AED wanita boleh drive tapi mereka di kehendaki mengambil lesen dan mgkn pergi mengambil melalui syarikat memandu.

Yg lain kos persaraan dan makanan, agak mudah utk dapatkan bahan2 masakan walau agak mahal sedikit. Tapi advisable masak sendiri.

Kena juga kos utk call keluarga di Malaysia. Cuba maksimise pengunaan internet cam skype call or YM, Viber, Whatsapp utk berhubung.

Di AED juga agak mudah kalau Suami atau keluarga ingin melawat kerana mereka boleh dapat visa on arrival jadi tak de masaalah.

Selalunya kos permulaan agak tinggi jadi perlu sediakan wang sementara mendapat gaji pertama.

Itu la secara ringkas tapi kalau ingin maklumat lebih detail boleh email saya dan harap dapat di beritau jawatan yg di offer and package nya sekali.

Sekian Terima Kasih.

chery lady said...

assalamualaikum, suami saya dapat tawaran bekerja di qatar..mula2 interview by phone..then dia dipanggil utk dtg ke qatar utk menhadiri temuduga..last week dia dh dpt official offer letter thru email...dia dh sign off dan email balik kpd penghantar email tersebut..suami saya dikehendaki utk menyediakan :
1. certificate of good conduct
2. translate semua sijil dar BM ke ENGLISH
3. medical checkup akan diuruskan oleh QP di qatar

pertanyaan saya brp lama ye tempoh certificate of good conduct tu akan siap. ingin bertanyakan pendapat encik, suami sy nk hantar surat berhenti kerja di tempat lama...adakah dia patut hantar resign letter dulu,or mcm mana..sbb skrg dia nk lepaskan 1 beban utk fokus settle semua dokumen2 yang diperlukan utk ke qatar..mohon pendapat en. yang telah berpengalaman berada di qatar

assalamualaikum, terima ksih

Mohamad said...

1) certificate of good conduct tu perlu di apply online minsitry of foreign affairs. Mungkin mengambil masa beberapa minggu (3-4 minggu). Saya syor supaya pergi juga ke pejabat kementiran luar negara utk bertanya bagaimana kalau nak dapat surat tu dgn cepat.
2) bila sepatutnya suami puan memulakan kerja di sana? Saya syor, janganlah berhenti dulu boleh saja buat urusan tu dgn mengambil cuti dsb.
3) Translation boleh check la tempat translate. Insititut TErjemahan negara di Wangsa Maju.
4) Kalau perlu maklumat boleh whatsapp +966582666182. MJ Terima Kasih

kak ina kl said...

Alhamdulliah suami baru dapat kerja di abu dhabi. Saya tak dapat ikut sebab anak bongsu baru tingkatan 2. Kos sekolah kat sana mahal kan.

Mohamad said...

Tahniah la Kak Ina. Tapi Kak perlu tabah mengharungi hidup berjauhan dari suami. Serupa dgn saya dah masuk 7 tahun berjauhan dari keluarga. Tapi alhamdulillah setiap 3 bulan sekali saya balik. fasal agak rumit nak bawa keluarga di saudi ni. tp bg akak mungkin mudah utk akak ke sana masa cuti sekolah contohnya. cuma kena sedia kan duit aje la. Moga tabah akak mengharungi hidup in shaa allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com