Ramai juga kawan-kawan tanya tentang tugasan harian saya di sini. Mungkin sekadar ingin tahu atau ingin mencuba nasib di sini.
Saya rasa saya amat bertuah kerana pengalaman kerja saya yang terpaksa bekerja keras dari asas dan dari bawah telah menjadikan saya very knowledgable in almost all aspects of project management. Maklum untuk saya jadi jurutera dulu pun terpaksa melalui process yang panjang... Masuk poly untuk dapatkan sijil technician, masuk UITM untuk diploma dan akhirnya ke UK untuk degree. Bila kerja pula dari jadi technican, Technical Assistant, Resident Engineer, Design Engineer, Project Engineer, Design Manager, Planning Manager dan akhir sekali Project Manager. Alhamdulillah.
Memanglah pada setiap tahap tu saya akan buat yang terbaik. I always said to my immediate boss yang saya nak menjadi Project Manager yang terbaik... Kadang kala saya volunteer untuk menbuat kerja yang orang tak nak dan tak suka buat. Seperti bagi briefing kat pelajar-pelajar, pelawat-pelawat dsb. Bagi saya semasa kita bekerja, di situ la tempat saya belajar dan timba seberapa banyak pengalaman tentang perkerjaan. Macam-macam yang saya belajar. Saya pun bersyukur kerana syarikat saya bekerja dulu KLCC, telah banyak melaburkan wang untuk memberi kemahiran yang terbaik bagi setiap kakitangannya termasukkan saya. Terima Kasih KLCC, moga syarikat KLCC terus maju walaupun tanpa saya. Dan saya juga ada menyumbang segala ilmu yang ada pada saya untuk menaikkan lagi nama KLCC di arena dalam negeri dan juga luar negara dengan memberi ceramah, seminar mengenai projek menara kembar KLCC.
Walaupun masih tebal sayang saya dengan KLCC tapi keperluan diri dan keluarga perlu di utamakan. Mungkin tak payah la saya huraikan perkara ini.
Jadi bila saya berada di sini pada mulanya saya dapati saya terpaksa buat semua perkara. Memandangkan projek saya masih belum bermula, jadi sayalah jadi scheduler, QS, Engineer dan juga Project Manager. Kira All in One. Beruntunglah mereka dapatkan saya yang serba boleh ni. Baru sekarang saya sedar, susah payah dulu bekerja adalah untuk menempuh kerjaya sekarang di perantuan yang penuh mencabar. Jadi jika anda ingin mencuba nasib di sini. Cubalah timba seberapa banyak ilmu yang boleh bukan saja dalam bidang yang kita buat tapi juga bidang yang berkaitan. Dan buatlah kerja itu dengan ikhlas.
Di sebabkan oleh kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia sejak akhir-akhir ni, ramai juga staff syarikat kami yang di Dubai berpindah ke Doha. Menurut cerita mereka, Dubai yang dulunya sesat telah menjadi lengang. Ramai yang telah di buang kerja dan beribu kereta-kereta yang tersadai di airport kerana empunya terpaksa pulang ke negara asal.
Alhamdulillah setakat ini keadaan di Doha agar stabil. Mungkin mereka ni lebih berjimat dan lebih berhati-hati dalam mentadbir negara mereka. Atau mereka ni lebih menjaga amal mereka, oleh itu hidup mereka lebih berkat.
Bercakap tentang amalan masyarakat setempat, disini mesjid merata-rata. Dekat pejabat saya aja ada 2 mesjid yang berdekatan. Di city centre shopping mall ada 3 surau. Jadi memudahkan orang untuk nak tunaikan solat fardu. Dan bila solat tu selalunya mereka berjemaah. Mungkin dengan amalan tu hidup mereka ni lebih berkat agaknya. Jadi kami expat ni tumpang tuah mereka berkerja membantu membangunkan negara mereka.
Itulah la serba sedikit kehidupan di sini. Berbalik cerita fasal projek dan pembangunan di sini..
Doakan sajalah agar pembangunan di sini berterusan.
Tetapi menurut firasat saya, kebanyakkan pemaju, masing-masing di sini menantikan kedatangan bulan Mac dan April tatkala pembentangan belanjawan negara di umumkan. Mungkin di masa itu baru pebangunan akan mula kembali rancak di sini. Setakat ni tak de pulak dengar projek terpaksa di tangguh kan dulu. Semuanya berjalan seperti biasa. Jadi sama-sama la kita berdoa dan saksikan nanti... Wassalam