Saturday, February 21, 2009

Aku Nyaris Tertipu

Seperti semua sedia maklum, saya ni sedang mencari apartment untuk pindah. Akhirnya pencarian itu tercapai. Jadi saya tanya la agent tu berapa ongkosnya. Jadi katanya 1 bulan deposit, 1 bulan advance dan setengah bulan service fee. Hmm Macam tak pernah dengar pulak service tu tapi saya mulanya akur aje.

Jadi hari Khamis lepas agent rumah tersebut menyerahkan kontrak untuk saya sign. Dan bila saya baca dengan teliti contract tersebut. Tidak ada pun mana-mana klausa yang mengatakan tentang service charge. Jadi saya bertanyala kepada agent tersebut apa service charge tersebut. Dia kata itu untuk mereka kena berjaya negotiate dengan owner untuk mengurangkan sewa rumah tersebut dari QAR 11,000 ke QAR 8,500. Kalau di fikirkan perpadanan la tapi bila saya fikirkan harga rumah itu terlalu mahal untuk QAR 11,000. ..

Setelah menyerahkan contract yang telah di tandatangani dan cek seperti keperluan kontrak itu kepada agent tersebut. Saya pun memberitahunya yang service charge tu saya nak tunggu sehingga semuanya beres. Dalam fikiran saya timbul rasa tak puas hati kerana rata-rata agent-agent yang pernah saya temui tidak mengenakan service charge tersebut.

Dalam fikiran kalau saya tidak setuju, nampaknya kena pergi mencari lagi apartment sedangkan apartment tu memenuhi segala criteria saya. Dan saya cuba memujuk hati ini agar akur saja kalau nak teruskan tinggal di situ.

Tapi entah macam-mana saya cuba mendapat kepastian dari management agent tersebut tentang service charge tersebut dan mereka mengatakan tiada service charge yang perlu di bayar...

Saya pun menalipon agen tersebut dan memberitau mereka yang saya telah berhubungan dengan pihak pengurusan dan mereka mengatakan tiada service charge yang perlu di bayar dan baru la mereka mengatakan yang pengurusan telah bersetuju untuk waive service charge tersebut.

Hmm saya hampir tertipu... So my Qatari friends be careful.

4 comments:

Nur Batrishya said...

tu la daddy lain kali jangan tertipu... lain kali buat keputusan yg betul baru la x kena tipu...

Mohamad said...

Kadang kala kita kena lebih hati-hait bila membuat sesuatu keputusan tapi bila daddy tanya, rupanya ianya memang common cuma boleh negotiate.. hai entah la

Anonymous said...

dah berhati2 pun boleh kena tipu so langkah terbaik jgn mudah percaya pada org yg tak kenal atau baru kenal.!

agiboy said...

tu lah.. lenkali kalau jumpa agent tu, tembak je ngan senapang gajah. pastu sumbat dalam lombong minyak, bakar HIDUP-HIDUP

WAAAAAHAHAAHAHAHAHAHAHA!!!


abang apa kabar? ^_^'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com