Monday, February 23, 2009

Kehidupan dan Pekerjaan Di Qatar

Ramai juga kawan-kawan tanya tentang tugasan harian saya di sini. Mungkin sekadar ingin tahu atau ingin mencuba nasib di sini.

Saya rasa saya amat bertuah kerana pengalaman kerja saya yang terpaksa bekerja keras dari asas dan dari bawah telah menjadikan saya very knowledgable in almost all aspects of project management. Maklum untuk saya jadi jurutera dulu pun terpaksa melalui process yang panjang... Masuk poly untuk dapatkan sijil technician, masuk UITM untuk diploma dan akhirnya ke UK untuk degree. Bila kerja pula dari jadi technican, Technical Assistant, Resident Engineer, Design Engineer, Project Engineer, Design Manager, Planning Manager dan akhir sekali Project Manager. Alhamdulillah.

Memanglah pada setiap tahap tu saya akan buat yang terbaik. I always said to my immediate boss yang saya nak menjadi Project Manager yang terbaik... Kadang kala saya volunteer untuk menbuat kerja yang orang tak nak dan tak suka buat. Seperti bagi briefing kat pelajar-pelajar, pelawat-pelawat dsb. Bagi saya semasa kita bekerja, di situ la tempat saya belajar dan timba seberapa banyak pengalaman tentang perkerjaan. Macam-macam yang saya belajar. Saya pun bersyukur kerana syarikat saya bekerja dulu KLCC, telah banyak melaburkan wang untuk memberi kemahiran yang terbaik bagi setiap kakitangannya termasukkan saya. Terima Kasih KLCC, moga syarikat KLCC terus maju walaupun tanpa saya. Dan saya juga ada menyumbang segala ilmu yang ada pada saya untuk menaikkan lagi nama KLCC di arena dalam negeri dan juga luar negara dengan memberi ceramah, seminar mengenai projek menara kembar KLCC.

Walaupun masih tebal sayang saya dengan KLCC tapi keperluan diri dan keluarga perlu di utamakan. Mungkin tak payah la saya huraikan perkara ini.

Jadi bila saya berada di sini pada mulanya saya dapati saya terpaksa buat semua perkara. Memandangkan projek saya masih belum bermula, jadi sayalah jadi scheduler, QS, Engineer dan juga Project Manager. Kira All in One. Beruntunglah mereka dapatkan saya yang serba boleh ni. Baru sekarang saya sedar, susah payah dulu bekerja adalah untuk menempuh kerjaya sekarang di perantuan yang penuh mencabar. Jadi jika anda ingin mencuba nasib di sini. Cubalah timba seberapa banyak ilmu yang boleh bukan saja dalam bidang yang kita buat tapi juga bidang yang berkaitan. Dan buatlah kerja itu dengan ikhlas.

Di sebabkan oleh kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia sejak akhir-akhir ni, ramai juga staff syarikat kami yang di Dubai berpindah ke Doha. Menurut cerita mereka, Dubai yang dulunya sesat telah menjadi lengang. Ramai yang telah di buang kerja dan beribu kereta-kereta yang tersadai di airport kerana empunya terpaksa pulang ke negara asal.

Alhamdulillah setakat ini keadaan di Doha agar stabil. Mungkin mereka ni lebih berjimat dan lebih berhati-hati dalam mentadbir negara mereka. Atau mereka ni lebih menjaga amal mereka, oleh itu hidup mereka lebih berkat.

Bercakap tentang amalan masyarakat setempat, disini mesjid merata-rata. Dekat pejabat saya aja ada 2 mesjid yang berdekatan. Di city centre shopping mall ada 3 surau. Jadi memudahkan orang untuk nak tunaikan solat fardu. Dan bila solat tu selalunya mereka berjemaah. Mungkin dengan amalan tu hidup mereka ni lebih berkat agaknya. Jadi kami expat ni tumpang tuah mereka berkerja membantu membangunkan negara mereka.

Itulah la serba sedikit kehidupan di sini. Berbalik cerita fasal projek dan pembangunan di sini..
Doakan sajalah agar pembangunan di sini berterusan.

Tetapi menurut firasat saya, kebanyakkan pemaju, masing-masing di sini menantikan kedatangan bulan Mac dan April tatkala pembentangan belanjawan negara di umumkan. Mungkin di masa itu baru pebangunan akan mula kembali rancak di sini. Setakat ni tak de pulak dengar projek terpaksa di tangguh kan dulu. Semuanya berjalan seperti biasa. Jadi sama-sama la kita berdoa dan saksikan nanti... Wassalam


8 comments:

Anonymous said...

berbalik kepada perpatah Melatu..
Ujan batu di Negeri orang dan Ujan Emas di Negeri sendiri..yer
Kaki Renang tak pandai berpantun so kalau salah tolong betuikan ek....
" SELAMAT MAJU JAYA UNTUK TAHUN 2009."

Anonymous said...

Lebih utama disini (Qatar) lebih byk masa dan peluang kita utk mendalami ilmu akhirat. Disini kita tidak terlalu penat utk mengejar masa, Alhamdulillah.. masa terluang boleh dimanafaatkan utk aktiviti2 keagamaan anjuran rakan senegara kita disini...

Nash said...

Salam En Mohamad
Saya ingin minta pendapat, ada interview with Ashghal, (qatar gov) road maintenace n project.
engr/exec post.
taraf hidup qatar tinggi?
the best expected salary?
Thank you 4U advice
hope we can PM

Mohamad said...

OK Nash tahniah kerana mendapat tempat di Doha. Ashgal ialah syarikat kerajaan macam JKR. Dulu perks dia lebih baik tapi sekarang market di spoil oleh org Pinoy dan India. Selalu nya org Malaysia dgn skill yg kita ada gaji kita lebih dari org India dan Pinoy. Anyway kalau cakap fasal company bagus dan stabil.

Tentang sara hidup di sana agak mahal, Apartment mgkn dalam QR 5K- QR 8K sebulan. Makan juga mahal berbanding dgn Malaysia. Kalau sudah berkeluarga. Sekolah anak2 dalan QR18K setahun. So semua tu kena di pertimbangan.

Selaluny mobilization kos mula2 agak tinggi...

So itu la setakat ini. Kalau ada soalan yg specific boleh la email ke saya mohamadhaj@gmail.com

All the best to you.

Unknown said...

Askum En Mohamad,
Bleh bantu sy... Sy dpt job dgn company TOTAL-QATAR sbg Elect Inspector... Bleh bgtau sy mcm mana nk pastikan job tu bukannya scammer

Unknown said...

Utk kerja di sana, mcm mane boleh saya dapatkan email?
Utk hntr resume

Mohamad said...

boleh email mohamadhaj@gmail.com utk maklumat lanjut. TErima Kasih. Maaf lambat reply

Mohamad said...

Wan Marwan, kalau masih tak terlambat boleh email saya particulars offer tu. Wan Aidan, sekarang ni saya tak lagi berkejra di Qatar. Saya sarankan kalau berminat mgkn boleh survery kat internet company yg di sana atau local newpapers yg ada tawarkan kerja di sana. selalunya ada agensi perkerjaan yg arrangekan interview bagi pihak company di sana. Selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com