Wednesday, February 11, 2009

Tiada Dulu Tiada Sekarang - Kenangan Lalu (Reposting)

Aku anak ke sembilan dari sepuluh orang adik beradik, di lahirkan di 16K Jalan Teberau Johor Baharu. Seorang Pemuda pemalu dan pendiam. Tapi sedari kecil bercita-cinta tinggi ingin menjadi seorang yang berjaya dan keluar dari belengu kemiskinan...

Hanya pada usia 15 tahun, aku buat pertama kalinya menjelajah keluar dari negeri tanah tumpah darahku di Johor Baharu ke Pulau Pinang. Perjalanan yang bagi aku amat jauh ketika itu dan terpaksa singgah ke Ipoh, rumah abang aku yang ketika itu menuntut di Politeknik Ungku Omar. Di Penang, aku tinggal di umah adik abang ipar aku di Seberang Perai dan keesokkan hari nya aku berjalan-jalan ke Pulau Pinang dan Bukit Bendera. Di situ aku tertarik dengan keindahan bunga-bunga Dahlia dan bunga Matahari yang pelbagai warna. Dan aku membeli beberapa benih pokok Dahlia untuk di tanam bila pulang ke rumah nanti. Memang aku minat pada tumbuh-tumbuhan sedari kecil lagi....


Selepas tammat SPM, keputusan tidak berapa memuaskan dan aku tak layak untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan. Aku ingin cuba memohon untuk memasukki Uitm tapi aku di beritahu yang aku ni tak layak ke situ. Aku hampa dan terus memohon ke Politeknik agar aku dapat keluar dan berhijrah ke tempat baru. Aku hanya berjaya memasuki Politeknik Kuantan untuk melanjutkan pelajaran di dalam Awam Pembinaan. Krusus yang aku ikuti sekadar mengikut kawan kerana aku lebih cenderung menjadi seorang Arkitek. Sebaik saja aku menjejak kan kaki ke Kuantan , aku berazam untuk menebus kegagalan aku semasa di alam persekolahan. Mana tak nya masa di sekolah, tak boleh concentrate belajar, tak mampu nak pergi tuisyen dan belajar pun tak faham. Dulu kalau kami belajar kenala ikut initiatif sendiri... Itu la kadang kala di sebabkan ingin menghilangkan bebosanan aku sering tengok wayang lepas balik sekolah. Bukannya apa, sekadar menghilang penat kerana penat berjalan kerana dulu terpaksa berjalan beberapa kilometer menuju ke stesen bas. Dan kadang kena juga jalan beberapa kilometer untuk ke rumah kerana bas hanya lalu di jalan besar.


Di Kuantan, aku tinggal di rumah abang angkat aku, Abang Jaafar kerana pihak politeknik tidak menyediakan asrama so terpaksa mencari umah sewa. Abang Jaafar ada seorang anak Boboy namanya. Kerana Akak dan boboy sering tinggal di KL dan kami sering tinggal bertiga di rumah tu. Roseli, Amir Hamzah dan aku. Abang Jaafar pula masa tu bekerja di Kuantan hanya ada rumah masa hari kerja aje dan hujung minggu dia akan ke KL melihat Akak dan Boboy. Rumah abang Jaafar di Kuantan Garden tu adalah lebih kurang 4 km dari Bandar Kuantan. Selalunya kalau aku balik dari kampung aku akan berjalan kaki dari stesen bas ke rumah maklumlah student mana ade duit nak naik teksi. Dan lagi aku memang kena budget. Fasal adek perlu ke sekolah dan Abah dah lama bersara dari Polis. Arwah Abad dulu terpaksa bekerja di kilang untuk menyekolahkan kami. Harapkan duit biasiswa aje la nak bebelanja dan kenala budget betul-betul.

Satu peristiwa yang tidak boleh aku lupakan ialah apabila aku pulang dari cuti semester, ke rumah sewa abang Jaafar di Kuantan Garden, kami lihat barang-barang penuh di depan rumah. Rupanya abang Jaafar di beri notis keluar kerana Tuan Rumah nakkan rumah tu balik. Kami berasa hambar dan terpaksa tumpang rumah kawan-kawan buat sementara. Abang Jaafar berjanji akan mengajak kami tinggal dengan dia kalau dia dapat rumah lain. Kami terpaksa akur dengan keadaan. Akhirnya abang Jaafar dapat rumah kerajaan di Transit Quaters. Tapi hanya aku aje yang tinggal di situ kerana Roseli dan Amir Hamzah dah dapat rumah lain.

Keluarga abang Jaafar baik sekali dengan aku, kadang ajak kami makan...hmm faham-faham aje la student jimat duit. Selalunya aku akan ke stadium Darul Makmur untuk membeli makan malam. Hanya sekadar menghilang lapar dengan makan nasi dagang berharga 50 sen. Akak memang jarang masak kerana dia tak berapa sihat di sebabkan asthma. Aku masih kenang jasa baik Abang Jaafar sekeluarga dan tak lupa menghantar kad hari raya pada setiap menjelangnya hari raya. Aku pernah juga menziarah Abang dan Akak semasa mereka tinggal di Rompin semasa balik bercuti dari UK. Aku masih ingat lagi akak kata, ingat lagi awak kat kita ye Mad... terharu rasa di hati. Saya sempat bermalam di sana dan bermain-main dengan Boboy yang dah pun besar masa itu. Dan pada ketika tu Boboy dah ada adik perempuan Farah.... Rupa nya perjumpaan itu lah perjumpaan yang terakhir buat saya dan Akak Lynn kerana beliau telah kembali kerahmatullah di sebabkan penyakit Asthma.. Alfatihah. ... Jasa mu akan tetap ku kenang Akak. Hingga kini aku masih lagi keep in touch dgn Boboy dan Abang Jaafar. ...


Lepas dari Politeknik aku bekerja di JKR tapi semangat untuk terus belajar hingga menjadi seorang Jurutera terus membara. Alhamdulillah aku telah berjaya memasuki Uitm akhirnya. Walaupun pada mula nya aku terpaksa menduduki 14 kertas di semester pertama tapi aku gagahi juga. Di Uitm aku belajar the art of survival dan bergaul dengan kawan-kawan yang masing2 mempunyai satu cita-cita dan impaian menjadi orang yang berjaya. Saffaruan, Zakaria dan Farid (seperti gambar di atas) adalah rakan-rakan se kolej yang berasal dari Johor... Alhamdulillah di tahun akhir, keputusan aku agak memuaskan dan aku berjaya mendapat tempat di Thames Polytechnic di London. Seolah-olah impian menjadi kenyataan.


Masa sampai aje di UK musim gugur.. Suatu pengalaman yang tak pernah di lalui sebelum ni melihat daun-daun berguguran. Gambar tu berposing di Poly..

Masa baru-baru sampai sempat juga ke Birghton untuk menziarahi rakan masa di Poly Kuantan dulu Zulkifli. Masa di Brighton la aku mengecapi pengalaman pertama merasai Salji. Bersyukur sangat-sangat.


Lepas musim Salji timbul pula musim bunga. Seronok menlihat bunga yang berwarna- warni dan suka sangat pergi park masa tu. Dengan bunga Cherry Blossom, Tulips, Roses... hmm indah sungguh pemandangannya.


Bergambar di Dartfort Kent.


Ni pulak berposing dekat belakang umah Mak Angkat Peggie. Baik orangnya. Masa aku belajar aku kerap ke rumahnya di Surrey. Dia adalah Cikgu kepada suami sepupu saya yang berbangsa Inggeris. Dan Peggie pernah datang ke Malaysia meraikan perkahwinan sepupu saya. Masa di Malaysia abang saya telah membawa Peggie menziarahi saudara mara di Muar dan dia kata I went to 10 houses in a day. hehehe It was a new expereince for her I guess. Masa aku konvo dulu sempat juga bawa my mom and sis jumpa Peggie. Seronok dia dan kami pun tidur di rumah dia.

Aku sempat menziarah Peggie a few years back. Memang nampak uzur dia sekarang. Tapi alhamdulillah masih mengenali aku tapi dah tak boleh banyak bergerak. Pada mulanya dia melarang aku datang, mungkin kerana dia kurang selesa dengan keadaan dia sekarang but I told her I insist to see her... dan akhirnya dia mengalah.. Kesian melihatkan keadaan dia sekarang tinggal sendirian tiada suami dan anak-anak untuk menjaga dia.... Moga allah memberi dia hidayah... Kadang-kadang aku lihat Mat & Minah Salleh ni mempunyai sifat yang lebih baik dari orang islam. Tapi kerana sikap dan sifat sesetengah orang islam membuat mereka tu menjauhkan diri dari memluk agama islam. Ape yang aku dapat lihat hidup mereka tu kosong dan menraba-raba mencari-cari Jalan Yang Lurus. Moga Allah memberi seluiruh umat Muhammad saw hidayah dan Allah senantiasa tetapkan iman aku agar senantiasa berada di Jalan Yang Lurus....

Kadang-kala masa weekend di UK dulu ketika musim panas, kami akan sewa kereta dan pergi fruit picking. Yang bestnya kita boleh pilih dan petik buah-buahan tu sendiri. Sambil Pilih sambil rasa hmm bestnya.

Ini pokok buah epal. Rendah aje dan senang nak petik...

Ni pokok strawberry di tanam di tanah..

Rakan satu Poly Meor Roslan dan isterinya Kerry masa pergi Fruit Picking

Ni masa pergi tour Britain temankan Karniza siapkan assignment on Mosque in UK for her degree in Architecture. Pergi sekali dengan Dini.. Lepas dari university days terus lost contact tapi alhamdulillah jumpa Dini semula semasa saya buat projek UTP. Masa tu she was attached dengan USM. Tapi setelah contract dia tammat dengan USM dia pulang ke UK bersama anak-anak dia kerana suami dia menetap di UK. Masa di Ipoh dulu sya sering juga ke rumah Dini di Gunung Rapat dan sempat berkenalan dengan ibu dan ayahnya. Tapi ibu and ayahnya telah pergi ke rahmatullah.. alfatihah sekali lagi...

Bergambar denga Suami dan anak-anak Dini di UK semasa aku ke sana untuk urusan kerja. Masa di sana terkenang semasa zaman belajar. Masih tak banyak yang berubah. That is something I liked about UK.


Sempat juga bergambar di Tower Bridge memasa ke UK


Itulah kenangan lalu yang telah mewarni diri dan hidup saya, yang mejadikan saya dari seorang yang pemalu dan pendiam kepada seorang yang lebih matang, perihatin, lebih ceria.. Moga pengalaman yang saya lalu itu boleh menjadi iktibar buat orang lain...

5 comments:

SyuQ said...

iktibar utk sy hari ini, esok n dimasa akan datang. betul kata pepatah langit tidak selalunya cerah n tidak selalunya mendung.

Mohamad said...

Alhamdulillah, I remember the same post I posted earlier you have made some comments. To me it is so refreshing reading it again and again. It makes me realise who I am and where I was before and always be a down to earth person. I hope I could more in the future on my mistakes so that it can be lesson for my children, my friends and my fellow bloggers.. Best Regards.. MAJ

hj adib said...

BESARNYA SPEK MATA

Mohamad said...

HAHA Faham-faham aje la Hj Adib ... Zaman Bobby...

Anonymous said...

hihihiii..sy suka bg ikan tu mkn..
jgn bimbang dh kenyang dh sy bg dia mkn..ahaks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com