Sunday, March 1, 2009

Desert Safari






Hari Jumaat 27 Februari, seperti yang di rencanakan kami akan mengikuti Safari Padang Pasir. Kalau nak ikutkan hati malas aje nak pergi fasal baru pindah apartment dan masih tak habis kemas. Tetapi memikirkan hendak merasa pengalaman baru saya gagahkan juga.

Saya bangun pukul 5:30 pagi dan selepas solat subuh saya bersiap untuk berrangkat. Hafiz rakan Malaysia yang ingin turut serta datang ke apartment saya dan kami pun berangkat menuju ke rumah Chan yang mempunyai Land Cruiser untuk di pandu di padang pasir.

Kami berkumpul di petrol station dalam perjalanan ke Inland Sea. Selepas pendaftaran kami di bekalkan dengan nasi lemak satu bagi setiap orang. Ada lebih kurang 35 4WD yang turut serta.

Apabila kami sampai di titik permulaan untuk memulakan adventure padang pasir kami. Kami di beri taklimat tentang cara-cara memandu dan setiap kenderaan di kehendaki mengurangkan angin tayar hingga 15.

Percubaan pertama mendaki bukit pasir, ada beberapa kenderaan tersangkut. Termasuk kenderaan Duta Besar Malaysia yang turut serta dalam expedisi ini. Debaran demi debaran merentasi padang pasir ni. Dan yang paling suspens ialah apabila kami terpaksa slide pada tahap cerun 70 darjah. Hmm memang satu cabaran.

Kami berhenti rehat dan makan tengah hari serta solat jumaat di tepi pantai. Siap ada khutbah jumaat lagi. Kami teruskan perjalanan kami dan akhirnya kami sampai ke destinasi yang di tuju khemah penginapan dekat waktu magrib dalam jam 5:30 petang. Lepas solat Magrib dan makan malam kami bergegas pulang. Dalam 18 buah kenderaan yang pulang.

Memandangkan jalan yang gelap gulita, Kami hanya berpandukan ketua untuk memberi hala tuju dan saya rasa mereka pun berpandu kan GPS saja.

Kami balik penat dan letih, sampai rumah mandi dan terus tidur.... Keesokkan harinya keletihan.. kalau dah cuti alangkah seronoknya...

Nanti la saya post kan gambar-gambarnya.

2 comments:

eqbalzack said...

salam perkenalan...

menarik blog ni...hehe

Mohamad said...

Salam Perkenalan. Thank you for the compliment. Insyallah akan memberi paparan yang terbaik mengenai kehidupan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com