Thursday, May 14, 2009

Maybank Internet Banking - website palsu

Saya terima email dari... Maybank2u yang menyuruh untuk menukar password tetapi itu adalah palsu. Jika anda menerima email dari yang serupa maka jangan panik dan jangan buat apa-apa kerana itu semua adalah penipuan untuk mendapatkan username dan password anda. Jika anda pergi terus ke website yang di linkkan dalam email tersebut; ia akan membawa anda ke satu website yang nampak serupa dengan website Maybank tapi ianya adalah website palsu yang hanya ingin mencuri data dan mencuri wang simpanan anda. Jadi berhati-hatilah. Hai kenapa la manusia ni suka hidup cara menipu macam ni. Kalau di Doha; orang yang menipu macam ni patut di asingkan dalam jel supaya aman dan selamat dunia ni. Saya dengar ada orang Malaysia yang di penjarakan di sini kerana menipu credit card. Tapi sedihnya kebijaksaan orang ni di gunakan pada tempat yang salah. Moga Allah menyelamatkan kita daya tipu daya orang-orang sebegini. Amin.






Kenapa saya mengatakan ianya palsu?

1) kerana di email tak de kepala singa yang biasanya tertera pada setiap website maybank.
2) Bila anda click Maybank2u seperti dalam email ia membawa anda ke lama web maybank palsu ini http://0x41ca0e68/0/?https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login/ dan bukan laman sebenar Maybank iaitu www.maybank2u.com.my.


3 comments:

Kaki Renang said...

Ramai dah tertipu dgn cara yg demikian.
so berhati2 lah...

wahdi said...

tak sangka yer ada yg palsu!

Nur Batrishya said...

dah yg ke berapakali yg daddy kena tipu... daddy kena hati-hati la kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com