Hai bila hidup menrantau ni bermacam-macam rasa di dalam hati sanubari ni. Macam-macam rasa dan macam-macam ujian yang harus di lalui. Kena la tabah mengharungi dan menangani segala permasaalahan. Dari keluarga, anak-anak, cuaca, suasana baru, pekerjaan dan sebagainya.
Kadang-kadang rasa bersalah meninggalkan anak-anak isteri menguruskan keluarga di Malaysia. Terpaksa menghadapi kata-kata orang yang mungkin bagi sesetengah pihak tiada apa-apa tapi bagi kami yang menanggung agak sensitive rasanya. Contohnya bila cikgu anak-anak di sekolah bertanya... "tak rindu ke dengan ayah yang kerja jauh di Qatar"... Kadang susah nak explain pada anak-anak yang sedang membesar tentang persoalan itu. Ini suatu pengorbanan yang saya terpaksa lalui dan berdoa dan berharap mereka faham. Kerana semua ni saya lakukan untuk masa depan mereka.
Ada juga suara sumbang itu dan ini tapi kami terpaksa anggap semua tu adalah remeh kerana ada perkara yang lebih besar yang perlu di tanggung dan di lalui. Kadang saya berfikir kalau kita susah bukan ada yang nak tolong. Pernah kami sekeluarga terpaksa menangung kesusahan beberapa tahun yang lalu. Tak de yang datang menolong. Jadi kami membuat keputusan untuk harungi semua ini dengan tabah dan sabar.
Cuaca di Doha semakin memuncah panasnya. Bagi saya yang baru merasa suhu yang rata-rata melebih 40 darjah celcius agak panas di bandingkan di Malaysia. Kalau dulu saya heran macam-mana orang boleh hidup dan tinggal dia cuaca yang macam ni tapi sekarang saya sendiri tinggal di sini. Tapi alhamdulillah ianya tidak menjadi masaalah bagi saya walaupun tiap kali keluar tiupan angin yang mencecah pipi bagaikan bahan dari oven...
Waktu subuh di sini agak awal, Jam 3.30 pagi dah masuk waktu subuh dan naik matahari lebih kurang jam 5 pagi. Tapi alhamdulillah nampak keberkataan Negara ni kerana rata-rata banyak mesjid dan surau di Qatar dan saf-saf pada setiap waktu agak penuh juga. Berbilang bangsa and memakmurkan mesjid dan tak kira pangkat...
Apa yang saya lihat; Kadang-kadang dengan kesusahan yang kita alami tu; adalah ujian dari allah agar kita lebih dekat padanya.
Keadaan kerja kekadang tak menentu. Bagi mereka yang mempunyai kemahiran dan tahap skill yang tinggi, maka syarikat akan sedaya upaya cuba menyimpan pekerja tersebut. Tapi terkadang terpaksa di hantar dari satu projek ke satu projek macam bola agar tiap-tiap bulan syarikat boleh membuat claim dari Klien memandangkan turn-overnya tinggi. Begitu la modes operani syarikat di sini. Mujurlah syarikat saya agar besar boleh la dia menghantar ke projek-projek lain yang masih ongoing. Ada juga sahabat-sahabat Malaysia yang terpaksa pulang ke Malaysia setelah contract di tangguhkan. Sedih juga melihatkan mereka; merantau untuk masa depan keluarga tapi hampa akhirnya dan terpaksa memulakan semula pencarian kerja di Malaysia..
Tapi itu semua liku-liku hidup yang mematangkan diri kita agar menjadi peribadi dan bangsa yang kental yang mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa. Berbekalan ketabahan dan kesabaran; harus kita lalui semua ini sehingga tercapai segala matlamat diri..
No comments:
Post a Comment