Tuesday, July 14, 2009

Summer Vacation

Rata-rata penduduk dan pendatang di Qatar ni benar-benar menantikan musim panas untuk bercuti. Cuti musim panas agak lama bermula dari bulan Jun hingga Ogos kalau tak salah saya. Masa ni sekolah di tutup mungkin pada masa ni suhu panasnya agak melampau di antara 35 darjah dah boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius.

Kebanyakkan pada musim ini ramai yang mengambil kesempatan cuti sekolah untuk balik kampung bagi pendatang yang bekerja di sini dan bercuti bagi penduduk tempatan. Suasana di sini agak lengang di bulan-bulan ini di bandingkan pada bulan-bulan yang lain. Kadangkala tiket ke sini pun agak murah kerana siapa la yang nak kesini di musim panas begini.... Tapi bagi mereka yang ingin mengambil kesempatan yang ada, ini la peluangnya.

Bagi penduduk tempatan ada yang bercuti sampai sebulan dan dua bulan sekali gus. Kebanyakkan mereka akan pergi ke Lebanon dan ada yang beli rumah di sana. Menurut kata cantik tempatnya dan teringin saya nak kesana satu hari nanti insyallah.

So bagi mereka yang cari makan cam saya ni tak kemana-mana pun summer ni. Terpaksalah menempuh cuaca panas, ribut pasir dan macam2 lagi la. Lagipun nak kumpul cuti agar boleh balik raya lama sikit.... Tiap kali balik mesti tak cukup masa, ke sana sini dan alih2 dah tiba masa untuk balik. Kadang tak sempat jumpa kawan-kawan, sorry la ye.

Oklah dah tak de modal nak tulis lagi...

1 comment:

fruzabdullah said...

mmg betul kat sudan kalau musim panas.. ramai yang lari ke Mesir or Saudi.. katanye lebih sejuk.. tapi purata musim panas kat Kharotum around 40-50 celcius.. kalau reach 50 goverment announce public holiday...kena makan limau banyak banyak ler to hydrate badan... hiks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com