Saya ada kenal seorang sahabat ni. Tengok baik akhlak dia. Dan baru-baru ni kami berjalan-jalan ke selatan Doha di Sealine. Kira macam PD atau Pangkor la kalau kat Malaysia. Disitu ada tempat mandi manda, main beach ball, ada main water scooter, motor dan yang ada 4WD tu dok main atas bukit pasir. Kadang-kadang tengok pak-pak arab ni macam tak sayang nyawa. Tapi sports dia orang nampak mencabar. Nasibla tak de yang terbalik kat bukit pasir tu.
So dalam perjalanan balik sahabat saya ni tadi ceritala tentang diri dia dan macamana dia boleh sampai ke Doha hanya berbekalkan ilmu bekam.
Katanya dulu Dr. mengesahkan yang dia menghidapi penyakit yang kronik dan tak akan hidup lama. Katanya sejak dari tarikh itu; dia bertekad untuk menolong orang kerana allah; dengan kemahiran yang dia ada iaitu berbekam. Berbagai orang yang ditemuinya dan tiap kali setelah dia membuat bekam pada pelanggan2nya; kebanyakkan mereka bepuas hati dengan faedah berbekan itu dan memberi testimoni yang positif. Yang mana ada yang menceritakan yang penyakit ynag mereka hidapi dah kurang atau pun pulih. Bagi beliau itu memberi kepuasan kepadanya kerana dapat menolong orang lain dalam kerjaya yang di ceburinya.
Satu pesanan beliau yang masih saya ingat; kita kenala selalu bersedekah tiap-tiap hari. Sedekah tak semestinya pada manusia, pada binatang, tumbuh-tumbuhan dan makhluk allah yang lain. Kerana sedekah akan menkirfarah kan diri kita. Saya pernah juga mendengar orang alim menceritakan yang sedekah boleh menghindarkan penyakit dan segala kesulitan hidup. Wallahu a'lam. Sesungguhnya allah lebih mengetahui. Mungkin dengan amalan beliau itu allah memurahkan rezekinya menyihat kan tubuhnya sehingga kini.
Moga kita boleh menjadikan iktibar dari kisah beliau ini.

No comments:
Post a Comment