Tiap kali saya pergi ke mesjid solat jumaat berdekatan dengan rumah, saya sering bertemu dengan seorang kurang upaya yang istemewa yang tidak pernah terlepas dari solat berjemaah. Tanpa di bantu sesiapa dia akan pergi dan balik ke Mesjid sendirian bila masuk waktunya. Dalam hati sering berkata-kata. Walau pun dia kurang upaya; tapi allah sering pilih dia untuk beribadat di rumahnya. Sedangkan aku yang sihat cukup sifat kadang terasa lemah untuk bersolat ke mesjid.
Saya pernah juga melihat orang itu melintas jalan dan kereta akan berhenti agar dia boleh melintas dengan rentak dia. ..
Kadang-kadang kita harus memerhati di sekeliling kita amal-amalan baik yang ada ygan boleh kita jadikan contoh. Moga allah bagi kita kekuatan untuk melalukan amalan-amalan baik kepada semua makhluk Allah. Amin insyallah..
No comments:
Post a Comment