Pagi ni sempat menonton Huda TV tentang isu Taubat. Setiap orang di galakkan bertaubat kepada allah di atas segala kesalahan kita dan syarat-syarat taubat adalah seperti berrikut:-
i) Niat. Ikhlas, Taubat itu semata-mata kerana Allah. Contohnya bagi penghisap rokok; bukan kerana sudah sakit atau atas nasihat doktor baru nak bertaubat.
ii) Serta merta. Hendak lah bertaubat dengan serta-merta tanpa di tangguh-tangguh waktu-waktu tertentu baru nak bertaubat.
iii) Meninggalakan dan tidak mengulangi lagi perbuatan dosa itu lagi
iv) Menyesal akan perbuatan dosa yang telah di lakukan.
v) Waktu terakhir taubat tidak di terima bagi individu ialah apabila ketika sakratul maut atau nyawa telah sampai ke kerongkong.
vi) Waktu akhir bagi umur ialah apabila matahari terbit dari barat.

Pintu taubat sentiasa terbuka kecuali setelah roh berada di kerongkongan (sakaratul maut). Dan taubat belum tertutup sebelum mata hari terbit dari barat (Kiamat). Sebagaimana sabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam:
مَنْ تَابَ اِلَى اللهِ قَبْلَ اَنْ يُغَرْغِرَ قَبِلَ اللهُ مِنْهُ.
“Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkongan (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya”.[1]
مَنْ تَابَ قَبْلَ اَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا تَابَ اللهُ عَلَيْهِ.
“Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubatnya”.[2]
Segala hujjah berupa ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih dan penjelasan para ulama yang tertera di atas, semuanya menunjukkan bahawa pintu dan peluang untuk bertaubat sentiasa dibuka luas oleh Allah kepada sekalian hamba-hambaNya.
Tidak ada perbuatan durjana, keji dan mungkar yang tidak diampunkan jika pelakunya bertaubat nasuha, oleh itu rebutlah peluang dan kesempatan ini sebelum menemui kematian yang menakutkan.
Semoga semua penjelasan di atas dapat dicernakan di hati, difahami dan diamalkan. Dan akhir sekali, dengan penuh harapan kita bermohon kepada Allah Yang Maha Agung agar memberikan kepada kita kemudahan untuk memperbaiki amalan kita, menjauhkan kita dari maksiat dan menjadikan kita insan yang berkemampuan dan dimudahkan untuk beramal soleh, bertaubat nasuha dan bertakwa. Amin Ya Rabbal ‘Alamin!
Marilah kita sama-sama bertaubat di sampaing mengantikan dengan amalan-amalan yang baik. Moga-moga allah mengolongkan kita di kalangan hamba-hambanya yang akan memasuki syurganya insyallah.
No comments:
Post a Comment