Thursday, December 1, 2011

Pergi Pasar

Bandar Johor Bahru

Johor Bahru Dari Udara

Ni masa umur 6 tahun rasanya

Saya masa 13 tahun

Baru-baru ni anak-anak saya bagi tau yg dia pergi ke pasar ikut Mummy, jadi saya tanya bagaimana pengalaman ke pasar. Dia kata "Hmm kena pergi cari toilet fasal nak cuci kaki". So I told her my side of story.

Saya masih ingat lagi masa saya kecil, mak selalu bawa pergi ke pasar. Pengalaman pertama amat meyeronokkan. Maklum lah masa tu alam kami hanya di rumah saja dan dapat pergi ke pasar di bandar adalah suatu pengalaman. Dari kampung melayu kami menaiki taxi sapu tak berapa ingat berapa sen tapi saya tak kena bayaran.. free dan selalu dok atas riba mak.

Dari rumah ke pasar dalam 10 km dan selalu nya kurang dari setengah jam dah sampai. Fasal dulu tak de la sesibuk sekarang.

Lokasi pasar besar johor terletak di kedudukan Capital Square sekarang. Pasar besar itu merupakan bangunan dua tingkap merupakan pasar basah dan bersebelahnya pula merupakan kedai-kedai dan gerai2. Ada juga penjual di kaki lima yg hanya memakai payung besar.

Selalu bila sampai ke pasar mak akan menuju ke kedai jual sayur-sayuran dulu, lorong demi lorong kami lalui. Satu demi satu sayur-sayuran kami beli. Tapi saya ni jenis pengeli dengan air yg lecak dan becak. Selalu pergi cari paip air cuci kaki.

Lepas beli sayur-sayuran mak akan ke tingkat atas pula beli ayam, daging dan ikan. Masa tu kalau dapat makan daging dan ayam dah kira mewah. Akhir sekali kami pergi ke kedai nyonya telur beli telur ayam. Baru la saya tau mak ajak teman ke pasar kerana nak minta tolong bawakan barang2. kadang-kadang bila barang yg di beli banyak sangat mak tumpang barang2 tu kat nyonya jual telur. Nyonya tu pun dah kenal dah fasal selalu pergi ke situ.

Selalu lepas beli barang2 tu, kalau nasib baik minta upah la kat mak belikan mainan... kadang2 dapat kadang2 tak. Tapi mainan yg paling saya ingat dan rasa amat berharga selepas berminggu-minggu berbelek... akhirnya dapat juga mainan beg doktor yg penuh dengan peralatan di dalamnya.

Bila di rumah mak pesan main sama-sama dgn adik... hmm biasalah doktor kan so adik jadi mangsa la selalu kena cucuk. Tapi tu la kan besar tak jadi doktor pun. hehehe

Itu la pengalaman saya pergi ke pasar dengan mak...


Sunday, November 20, 2011

Taat kepada Ibu Bapa

Topik yang ingin saya papar hari ini ialah mentaati kedua ibu bapa..

Sabda Nabi SAW;

“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]

Thursday, October 27, 2011

Football at Red Sea Mall

a



Akhirnya hati ini teruja untuk ke padang bola berhadapan Red Sea Mall yang sejak kebelakangan ini di adakan pada setiap hari Rabu malam setelah setahun menetap di Jeddah. Mungkin di sebabkan ada jualan makanan Malaysia bagi mereka2 yg rindukan masakaan tanah air termasuklah diri saya.

Setakat ini masih belum jumpa lagi resotran Malaysia di Jeddah tapi kalau di Mekkah tu memang ada iaitu di D'saji yg menjadi tumpuan rakyat Malaysia yg mengunjungi Masjidil HAram. Walaupun rakyat Malaysia yang berada di Jeddah tidaklah seramai rakyat Indonesia dan Filipina, namun perkumpulan riadah sambil berniaga sebegini juga memainkan peranan bagi mengeratkan lagi silatul rahim di antara rakyat Malaysia yg berada di Jeddah.

Kami pun dah jadi macam org arab. Bentang tikar dan makan secara santai atas tikar di tepi jalan. Moga usaha murni ini dapat berterusan dan menjadi tempat kujungan rakyat Malaysia setiap minggu untuk beriadah dan menikmata citarasa Malaysia.

Bagi yg belum pernah ke sini ianya di adakan setiap hari rabu dalam pukul 9 malam, padang bola berdepan Red Sea Mall.

Wednesday, October 26, 2011

Happy Deepavali






Had lunch with our office colleague who are celebrating Deepavali at Raj Restaurant in Tahlia Street, The food was good. Yummy Yummy..

This is life....

Me & Abdullah Al Maliki in the office

More than a year back when I received a call from Jeddah for a position of a Project Director, I was so excited. It was timely since my current project at that time was leading to a dead end. The Client has not been paying the contractor for more than 6 months despite the contractor kept moving at the slower speed. In my mind, it would be just a matter of time that the project will stop by itself for not having enough fund to proceed. My VP once said, when he assigned me to that project, if this project don't move.. you have to go.. he said jokingly. But with the trend I saw in the company, that was a hint from him. As long as there is a project that he can charge, he will keep me or else it is time to leave and they will give me one month's notice.

The position and offer in Jeddah was so promising... but I still have a choice at that time... When I asked about bonus, the interviewer said "normally it will be 10 months bonus for investment banking company". Wow that was awesome!. I never dream of having that. Although the offer is considered lower than what I get in Doha, the family package seemed to excite me apart from being close to Makkah which is always a bonus. Furthermore I have my ex colleague working in the same company. After much of investigation I accepted the offer to work in Jeddah and tendered my resignation. My HR also try to appeal if I would like to stay with the company for an assignment in Vietnam or Manila. But I sort of made up my mind wanting to bring my family along in Jeddah. I told my family even I would be getting less than what I earned in Doha, I hoped and expecting the year end bonus to cover the difference.

As I was packing up to move, I read the offer letter again and somehow I was mislead. The yearly bonus and family school has all been included in my salary and paid evenly throughout the year. Meaning, I was getting less than what I had before. But at that time it was too late.. I have cancelled my visa, shipped my things back home and it was just a matter of days that I will be moving. I accepted it as a fate and try to start a new better life with my family as status quo.

The day I arrived in Jeddah was the beginning of a lot of compromises, if before I was put in the hotel for a month till I settled down, now I was put into a serviced apartment for a week. The mobilization fee was hardly enough for me to settle down or even pay the rent. I had to get some advances from the company to pay for my yearly rental. The savings I had before, I had to use to furnish the new apartment right from scratch. Right from buying the ACs, furnitures and all the basic electrical goods. That was the start of a new beginning.

At work, it wasn't what I would have expected. The company is a newly established company which is still struggling in getting the registration and formulating it's policies. We are just a support department to the main core business and right from there I began to think of job security. In normal circumstances, our role supposed to be outsourced but it was the CEO's preference to have it in-house as there are limited reliable companies that could provide such services. Having known of the job instability, I decided to hold my plans to bring my family along as the mobilization and demobilization cost would be costly.

Being a new company, there are a lots of things which are not in place. The policies kept changing at their conveniences and one will have to swallow all the stringent requirement if one wants to stay longer. Staffs come in and go, either they were getting better offers or could not meet the company works expectations. As for me, I always ask myself till when they will keep me?

So, I was back to square one as I was in Doha... living alone. To make things worst, there are too much restrictions and constraints living here as compared to Doha but I managed it. It is always pleasing and blessing to be able to visit Masjidil Haram and to see Kaabah frequently after reaching the stage of depression with the surrounding environment. As if it relinquishes all the worry and misery that one had. Alhamdulillah it has been more than a year now and I survived!

To much things had happened within a year. The recent major event is the resignation of the CEO and the replacement. It was the previous CEO who was adamant to have a project management department and now that he is gone. My fate is uncertain. I once raise this question to my new CEO but from his response, I can sense that our presence may not be needed as he is focusing more into main core business. As we are currently having only one project to manage, the cash becomes very tight. It is just a matter of time this will come out and the management have to make an ultimatum.

As I am in the midst of arranging for my family Iqama for my family to be here during December for the first time eversince I am here. I had a bombshell yesterday. I have been told by the management, of considering to second me to the developer in order to cut cost. I was just speechless. All my hopes gone to vain....

I remembered a friend of mine asked me, "how long you want to stay oversea... come back .. there are a lots of opportunities for you here. Malaysia needs you and your expertise..." But then at the back of my mind, I still have my dues to pay and I was thinking as least if I settled my dues, have some savings and I could start some business then I would come back but not now...

But this is the facts of life one have to face whether we like it or not. To the uncertain future. We can only plan the best we could, constant prayer and hope thing will go as plan... I guess I have to update my CV and start fishing and don't know where I would landed on next as the journey still continues...

My prayers and hopes, I would get sometime better out of this in all aspects... As the Malay proverb says " Kita hanya merancang Allah yang menentukan..."









Sunday, October 9, 2011

Cerita Cinta 2 Hati




Rating 7/10 & **** (4 bintang)

Asam Hidup Perantau.... perjuangan belum selesai... Episod 1

Pasti ramai orang akan mencemburi bila saya katakan yang saya bertugas di Jeddah, Saudi Arabia. Kata-kata seperti beruntungnya dapat berkerja di sana dekat dengan tanah suci yang menjadi impian setiap umat islam untuk berada di sini. Bagi saya ucapan alhamdulillah yg teramat saya panjatkan pada illahi kerana memakbulkan hasrat untuk berkerja di sini. Tapi hidup sebagai perantau ni juga ada pahit manisnya juga. Jiwa kena kental menghadapinya kerana kita berada di luar kawasan biasa (comfort zone) kita. Kesemuanya adalah berlainan dari segi budaya, bahasa dan sebagainya. Terkadang ianya boleh menguji kesabaran sesaorang tu...

Tapi apa pilihan yang saya ada? Teringat lagi sebelum saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib berkerja di luar negara. Saya di himpit dengan situasi kewangan yang meruncing. Setiap bulan bila dapat gaji, duit keluar macam air, bayar bil hutang sana sini dan hanya yang tinggal beberapa ratus untuk sampai hujung bulan. Kadang bila duit short, kena la guna credit card untuk melangsaikan segala yang kurang. Memandangkan keadaan itu, isteri saya suri rumah sepenuh masa telah cuba buat bisnes kecil-kecilan menjual frozen food. Boleh la tampung duit belanja makan kami anak beranak. Tapi bila tiba crisis tenaga dan harga minyak melambung naik. Saya tiada pilihan lagi selain mencari jalan keluar.

Ada yang bertanya; dengan jawatan yang saya ada dan syarikat majikan yg kukuh masih tak cukup ke... Jawapan jujur saya tidak. Pada masa itu jawatan saya telah sampai ke tahap gaji mati. Bukan saya saja tapi kebanyakkan rakan2 sepejabat juga. Mungkin policy syarikat begitu. Telah beberapa kali saya utarakan pandangan jujur saya kepada pihak pengurusan tapi sebagai satu organisasi congromolate besar bukan mudah bagi pihak pengurusan membuat keputusan mengatasi masaalah sedia ada. Bila mengadu masaalah saya pada pihak atasan saya, kata-kata pengubatnya, bersabarla akan tiba masanya nanti kalau kau bersabar katanya. Tapi dalam hati kecil ini berkata "Nak bersabar sampai bila? Saya perlu cari jalan keluar.

Teringat lagi saya bila terpilih menjadi Pengurus Projek mencakar langit dia ibukota Kuala Lumpur. Saya terpaksa menjalani process temuduga di mana 7 orang telah terpilih dalam organasi saya untuk di pilih menjawat jawatan tersebut. Salah satu jawatan yg menjadi rebutan setiap professsional tapi dari gaya mereka kebanyakkan mereka tidak berminat kerana projek itu amat mencabar. Dan kebanyakan response mereka semasa temuduga itu tidak menampakkan minat mereka tapi sebaliknya bagi saya inilah satu cabaran buat saya untuk memajukan diri saya kerana ilmu dan pengalaman yg saya akan perolehi daripadanya; tiada siapa yg boleh mengambilnya dari saya. Semasa saya di pilih; Pengurus Executif saya berkata; you are the right person for this job and I have given my assurance to the Presiden on your potential and credibility. Dalam hati berkata alhamdulillah... tapi tak macam cerita The Apperentice Donald Trump setelah perseta berjaya dalam process penapisan dan interview akhirnya mereka di beri imbuan gaji yang lumayan dan kereta yang mewah. Bagi saya tatkala di pilih menjawat jawatan itu.. masih status quo. Dalam fikiran teringat kata2 ketua saya "sabar Mad... insyallah ada la nanti utk you kalau you bersabar... ".

Memang tugas ni amat mencabar. Segala masalah dalam pengurusan projek ada pada project ini. Daripada design, planning, construction you name it, it is all there. As a project person it is like my baby and I want to bring it to success.

At the same time saya mencuba untuk mendapat yang lebih baik dari segi kewangan. Ada sahabat saya berkata; after you complete the job, you will be marketable... but do I have to wait that long and by that time who want to hire me. Saya tiada pilihan lagi melainkan cari jalan keluar. Saya cuba apply di dalam dan luar negara.

Akhirnya umpan yang saya pasang mengena.... Saya di talipon oleh potential employer dari Qatar dan di adakan interview melalui talipon oleh Joseph dan Osama. They sounded very professional and saya di soal bertubi2 selama sejam. Dan kerana project management telah menjadi darah daging saya; saya menjawabnya dengan tepat dan straight to the point. Dan setelah sessi interview itu selesai, I for the first time felt very satisfied dan seterusnya saya serahkan pada allah. Kalau di takdirkan itu rezeki saya alhamdulillah...

Dan selang seminggu saya menerima email mengatakan saya berjaya dan di kehendaki menanda tangani letter of offer. Setelah berbincang dengan isteri saya, akhirnya dia merestuinya dan bermulanya perjalanan saya sebagi perantau, pengembara or what ever you may want to call it.

Mungkin darah yang ada dalam badan saya ialah darah pahlawan yang suka mengembara. Kalau di lihat dari salah silah keturuan, saya berasal dari negara China yang menjadi utusan China di zaman Hang Li Po agaknya dan orang pertama yang datang ke tanah melayu bernama Abdul Rahman dan tinggal di Melaka. Dari situ zuriatnya berkembang biak dan ada yg juga pergi ke Mentok sekarang di Indonesia. Semangat juang inilah yang ada dalam diri saya untuk bukan saya menyara keluarga tapi juga menyumbang kepakaran yang ada pada diri pada masyarakat luar negara yang memerlukan agar negara mereka juga boleh maju dan berjaya. To me it is a win win situation.

Kalau Mat Salleh boleh datang ke Malaysia sebagai expatraite dan di bayar gaji pulohan ribu ringgit kenapa tidak aku anak Malaysia yang mempunyai kebolehan yg sama mengapakan tidak layak menerima imbuhan yang sama di negara sendiri dan terpaksa keluar negara utk mengecapi imbuhan yg sama? Itu la percepsi orang kita yang harus di ubah?

Pengalaman di Qatar selama setahun setengah cukup mengajar saya asam garam hidup sebagai perantau.

Kini perjuangan masih belum selesai, objektif saya masih belum terlaksana.. walaupun baru-baru ini saya di kejutkan dengan beberapa perletakan jawatan org rakan2 utk pulang ke tanah air; tapi perjuangan saya masih belum selesai. Hanya harapan dan berkat doa pada illahi yang dapat memampatkan hati, jiwa dan raga ini agar berjaya mengecapi matlamatnya. Agar kembali saya nanti dengan berita gembira dengan mengharumkan nama negara dan keluarga demi pergorbanan saya yang sedikit ini...

Mak saya yang berusia 87 tahun pernah berkata tiap kali saya menalipon dia, "kenapa kau kerja jauh2, kesian kat anak2 yang masih kecil yang perlukan kasih sayang seorang bapa.. Kenapa dia orang pilih anak aku tak pilih anak orang lain..." Kadang terkedu juga mendengar soalan dari ibu yg tercinta yang sayang kan anaknya... Saya hanya boleh berkata "Mak ... dulu Arwah Bah terpaksa merantau ke seluruh Malaysia untuk mencari rezeki untuk membesarkan kami semua dan Mak selalu berada bersama kami memberi kasih sayang dan membesarkan kami.. Kita tiba masanya utk saya mencari rezeki untuk menyara hidup keluarga saya walau di mana ianya berada.... Hanya yang saya pohon dari Emak doakan la saya agar saya selamat dan berjaya insyallah..."

Begini lah asam garam hidup seorang perantau....

Tuesday, October 4, 2011

Farewell to Azhar and Rosemadi


t


Bid Farewell to Azhar and Rosemadi ex colleague in KLCC both resigning from local Developer to a more greener pasture in Malaysia. Had makan2 .. mandi to be exact at As Sadr in Palestine Street, al Hamraa district. All the best to Azhar and Rosemadi. As for us perjuang masih belum selesai...


Saturday, August 20, 2011

Inside Kaabah



History of Makkah





Suasana di Masjid Nabawi di Bulan Puasa


Perjalanan dari Jeddah ke Madinah inign mengecapi pengalaman suasana berbuka di Masjid Nabi

Semenjak berada di tanah hijaz ni selama lebih kurang 14 bulan jarang sekali aku mengunjungi makam rasullullah. Kali terakhir aku ke sana ialah semasa sahabat2 aku dari Doha, Redzuan dan Zamani datang untuk mengerjakan umrah tahun lepas dan mereka berhajat sangat2 berhajat untuk mengunjungi makam rasulullah saw. Dan bagi memenuhi permintaan mereka, kami bermusafir selepas subuh dan sampai di sana, bersolat Jumaat dan pulang selepas tu. Terasa terubat rindu setelah membuat kunjungan tersebut.

Kini sudah lebih kurang 12 hari sebelum menjelangnya Aidil Fitri... namun jauh di sudut fikiran terfikir bilalah aku nak mengunjungi rasulullah saw. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari Rashidi teman sepejabat semasa di KLCC dulu yg kini berkerja di Projek Jabal Omar di Mekkah.

Katanya" Mad, apa plan minggu ni?" Jawabku ringkas " Tak de apa-apa, mungkin ke Haram aje". Sambungnya lagi "Nak pergi Madinah?" Hatiku melonjak dan berkata "Nak". Sambungnya lagi " Ajaklah sesiapa yg nak ikut boleh bergilir-gilir drive. Lama tak ziarah rasulullah dan nak kena rasa berbuka di masjid nabi suatu pengalaman yang luar biasa.." Jawabku ringkas "Nanti I cuba call kalau ada sesiapa nak ikut".

Memandangkan sabahat2 kami yg sering mengikuti pengembaraan kami di tanah hijaz ni dah pulang bercuti ke tanahair utk bercuti bersama keluarga, tak ramai yg boleh di contact. Ada yg berkemas-kemas utk pindah rumah dan ada juga yg berkemas utk going back for good. Akhirnya aku call Razali juga teman semasa di KLCC dulu dan dia dgn nada gembira "Insyallah la aku nak ikut". Jadi kami bertigalah mengembara menuju makam rasulullah saw.

Memandangkan Rashidi dan Razali bekerja pada hari Khamis, kami bercadang memulakan perjalanan kami waktu tengah hari. Lebih kurang pukul 1 tengah hari Rashidi dan Razali sampai ke rumah saya dan kami pun bergerak menuju ke Madinah. Perjalanan dari Jeddah ke Madinah lebih kurang 400 km dan lebuh raya yg ada sekarang cukup baik dan bagus. Sepanjang perjalanan tak banyak penempatan yg kami lihat hanya sekadar bukit bukau dan padang pasir di kiri kanan jalan. Topograhinya juga amat cantik subhanallah. Aku hanya sempat mengambil gambar dari dalam kereta kerana kami mengejar masa untuk sampai ke sana sebelum waktu magrib.

Melihat padang pasir yang tandus dan bukit bukau; aku terfikir di fikiran ku, bertapa payahnya kabilah2 yg bermusafir di zaman dulu dan peghijrahan rasullullah bersama sahabat2 ke Madinah yang terpaksa melalui perjalanan yg getir di padang pasir yg kontang.... Begitu banyak pengorbanan rasulullah dan para sahabat menyebarkan agama islam yg suci..

Keadaan padang pasir yang kontang dan berbukit bukau


Lebuhraya 3 lorong di kedua-dua hala


Bukit2 batu hampir di sepanjang jalan


Dalam perjalanan sempat melihat awan seolah-olah tertulis perkataan Allah.. Subhanallah


Dan ini pula berbentuk love... Seolah-olah suatu message mengatakan Allah Love U...


Pemandangan di sepanjang perjalanan ke Madinah


Pokok2 yg hidup di padang pasir


Sesampai kami di kota Madinah lebih kurang Jam 5:30 petang, kami terpaksa menghadapi jalan yg sesak kerana malangnya kebanyakkan jalan di tutup dan sukar untuk mendapat tempat letak kereta kerana jumlah org mengunjungi majsid nabi bertambah di bulan ramadhan. Akhirnya kami terpaks letak kereta di tanah lapang yg terletak jauh dari hotel dan terpaksa berjalan menuju ke hotel iaitu lebih kurang 100 meter. Di hotel, kami di beritahu yang booking kami tidak confirm dan terpaksa menunggu lebih kurang 45 mins utk sort out masaalah bilik. Berkat kesabaran akhirnya kami dapat bilik di tingkat 12 bilik no 1200; suite 2 bilik dgn 1 masterbed dan 2 single bed. Kami bergegas meletakkan barang2 kami di bilik dan terus menuju ke masjid kerana waktu magrib dah masuk. Alhamdulillah sempat solat di masjid di bumbung masjid kerana masjid dah penuh pada masa tu; dan selepas magrib kami ke hotel bercadangnya utk berbuka di hotel yg kami menginap tapi malangnya penuh. Akhirnya kami beli sandwich kabab dan makan di bilik hotel saja.

Rashidi dan Razali sesampai kami di tempat letak kereta menuju ke hotel


Rashidi and I. Di belakang pemandangan deretan hotel2 yg berada di sekeliling pinggiran Masjid Nabi.


Selesai solat magrib di bumbung masjid


Keadaan jemaah yg berpusu-pusu keluar selepas solat magrib


Pemandangan pintu masuk utama ke masjid Nabi


Bergambar di depan pintu masjid yg tertulis Muhammad Rasulullah


Pandangan pintu masuk utama di waktu senja selepas magrib


Suasana senja. The atmosphere is so beautiful


Logo di setiap pintu di masjid Nabi tertulis Muhammad Rasulullah


Who else me again..

Selesai makan kami pergi semula ke masjid utk solat isya dan taraweh... Bagai satu ketenangan berada di masjid nabi yg luas dan indah pembinaanya. Selepas taraweh aku tak sabar2 nak ziarah makam rasulullah mengucapkan salam dan menyampaikan salam-salam sahabat2 yg mengirim salam pada rasullullah saw. Keadaan amat sesak dan orang bertolak2 kira2 kalau nak bagi bidalan lebih sempit dari ikan sardin.... kerana ada yg nak menuju ke raudah yg terletak bersebelahan dgn makam rasulullah di samping org2 yg nak menziarah makam rasulullah. Kadang2 terasa macam sandwich yg di himpit steam roll. Setelah berasak2 lebih kurang 10 mins, akhirnya baru la perjalanan kami tu lancar. Terharu rasa hati bila menziarah makam rasulullah sambil memberi salam. Terharu kerana rasullullah la insan yg allah cipta yg jika tidak kerananya mungkin dunia dan seisinya tiada. Insan yg allah sayang dan kasih yg namanya dan nama allah berada bersebelah di syurga menurut pembacaanku dalam kitab2 agama yg menceritakan kisah pengampunan nabi Adam yg memohon ampun pada allah setelah 40 tahun dengan berkat Nabi Muhammad saw. Setelah selesai ziarah, terasa lega rasa di hari dan aku terus meneruskan berdoa di dalam masjid mengambil fadilat tempat yg penuh berkat.

Kawasan dalam masjid yg open air di tutup dgn canopy yg berbentuk payung yg besar


Keadaan menuju ke Makam Rasulullah selesai solat Isya.


Hiasan dan ukiran yg indah di diding mimbar Masjid Nabi


Sebaik saja aku selesai berdoa, aku di beritau utk beredar untuk memberi laluan pada kaum wanita menziarah makam rasulullah dan raudah.. Aku pun beredar dgn rasa puas kerana misiku telah tercapai. Aku sempat pergi ke shopping mall mencari jubah dah cicin koka yg di kirim oleh bapa saudaraku.

Sampai di bilik masih tak boleh tidur. Mulanya kami bercadang utk bersahur di luar tapi semuanya nampak letih dah akhirnya kami order room service aje. Kami order pizza mozzerella dan mutton bryani. Sedapla juga. Aku sempat lelapkan mata dalam 1 jam, kira tidur2 ayam aje dan Dalam jam 4:15 pagi kami pergi menuju ke masjid utk solat subuh.

Pada ketika tu org telah berduyun2 menuju ke masjidil nabi. Seronok rasanya bertemu dgn saudara sesama islam dari seluruh pelusuk dunia yg mendapat jemputan allah utk memakmurkan rumahnya di masjid nabi. Setelah subuh aku sekali lagi menziarah makam rasulullah dan melihat persekitaran masjid sebelum pulang ke bilik.


Masjd Nabi dari depan sesudah subuh




Suasana Pagi di Madinah


Sesampai di bilik lebih kurang jam 7:30 pagi, sahabat2 sedang nyenyak beristirehat. Dan lebih kurang jam 10 saya di kejutkan oleh Rashidi katanya ada kawan saya nak jumpa kat lobby hotel.

Memang seperti di atur kami akan berjumpa dia situ semuanya adalah perancangan Allah yg Maha Esa lagi Maha Agung Subhannallah. Apabila aku tulis di wall FBku yang aku nak ke Madinah dan aku bertanya kalau ada sesiapa yg nak ke Madinah, Zul; kawan aku semasa aku belajar di Poly Kuantan menjawab, "saya akan berada di Madinah pad 19 August". Aku kata kat dia insyallah kita akan jumpa. Tapi bila aku berada di Madinah aku terfikir juga macamana nanti nak cari Zul kerana aku ni bukanlah arif sangat dengan Madinah ni. Tapi Allah tu kaya, hotel yg Zul tinggal hanya bersebelahan dari hotel aku. So pagi tu Zul cari aku dan talipon dari lobi hotel. Aku SMS Zul dan suruh Zul naik ke bilik hotel. Tak sabar rasanya nak jumpa dia, dan aku pun bergegas turun dan semasa menunggu lif aku dah nampak kelibat Zul baru keluar dari lif. Aku terus menjerit "Zul!"... Allahu Akhbar jumpa juga kita setelah lebih 30 tahun tidak berjumpa.. Syukur alhamdulillah. Sempat kami bersembang di bilik walau pun tak lama. Terima kasih Zul kerana sudi jumpa aku dan megeratkan tali silaturahim..

Aku pun bersiap utk solat jumaat dengan jubah putih yg baru ku beli semalam yg telah siap aku gosok malam tadi. Aku berhasrat utk solat di bumbung masjid. Keadaan di bumbung agak panas suhu 42 darjah... tapi kerana keseronokan berada di masjid nabi bahang kepanasan tu kurang terasa begitu rasanya bagai org di lamun cinta.. Cinta pada rasululllah saw.

Keadaan bumbung semasa solat Jumaat


Carpet yg sedia terhampar yg designnya hanya boleh di jumpa di masjid nabi dan masjidil haram


Me again.. memang suka posing saya ni.


Selepas solat, aku menuju ke hotel. Pintu keluar dari masjid agar terhad dan org terpaksa berasak2 utk keluar. Tapi dengan kesabaran akhir nya kami keluar dengan selamat. Keluar dari pintu aku ternampak seseorang yg nampak macam org Malaysia dan bila aku hampiri nampak macam kenal. Aku pun menghampirinya dan bertanya.. Farin ke? Dia mengangguk sambil tersenyum dan kami berjabat tangan. Itu la Fahrin Ahmed salah seorang artis dan celebrity Malaysia. Rasa menyesal pulak tak bergambar dengannya. maklumla tetiba aku ni malu-malu kuching Meow... Meow...

Semasa di hotel aku menerima SMS dari seorang rakan dari Malaysia Zak; supaya aku mengesahkan SMS yg di terimanya mengenai peritiwa yg akan berlaku di Kaabah jam 3.25 pagi pada 20 August di mana kata SMS tu bulan akan mengelilingi kaabah pada waktu itu. Hati ni teruja nak pergi tengok untuk mengesahkan ke sahihan SMS tu. Rasa macam nak tukar plan nak balik awal mungkin lepas asar kerana perancangan awal kami ialah pulang selepas magrib bagi menikmati suasa berbuka dia masjid nabi. Aku jadi serba salah. Tapi setelah bermesyuarah, aku akur dgn kehendak dan keputusan sahabat2. Kata Rashidi "kita datang sini nak rasa suasana berbuka di sini...". Dalam fikiran aku "ye juga" kalau tak hasrat tak tercapai. Lagi pun masih sempat nak pergi Mekkah kalau mau kerana kami mungkin sampai di Jeddah dalam pukul 12.00 malam dan peristiwa tu pula jam 3:25 pagi..

Semasa di hotel, setelah selesai fardu jummat aku tak leh nak tidur kerana pukul 3 dah kena check out. Tepat jam tiga kami checkout. Sempat singgah di kedai beli kurma. Aku beli kurma nabi Ajwa 3 kilo dengan harga SR 70 se kilo dan kurma safawi 1 kilo dengan harga SR 20 sekilo. Kami kemudian menuju ke tempat letak kereta utk meletakkan barang2 kami dan kemudian menuju semula ke masjid nabi utk solat asar dan magrib. Selepas Asar kami buat amalan2 peribadi, ada yg aku lihat berzikir, baca quran, berbaring sambil satu pihak lagi kelihatan membuat persiapan utk berbuka. Kebanyakannya kanak2 lelaki yang membantu membuat persediaan itu. Sayu hati melihat anak muda yg dalam lingkungan umur belasan tahun berkhidmat utk tetamu2 Allah subhanallah.

Bagai satu routine yg begitu unik, di mulai dengan bentangan saprah plastik, air zam-zam yg sendal pada plastik agar tak bergerak dan mulala process menyediakan hidangan. Katanya setiap barisan ada sponsor masing2. Seronok tengok dia org sediakan korma, kacang, dadih dan ada sejenis makanan macam kueh kacau kalau kat Malaysia.

Dalam 15 min sebelum waktu berbuka, kelihatan ramai orang berdoa. Ada yang berdoa sampai duduk dan ada juga sambil berdiri kerana di katakan waktu2 sebelum berbuka tu amat makbul doanya. Bila azan di laungkan menandakan masuk waktu berbuka semuanya memulakan menikmati juadah yg terhidang. It is quiet an experience. Dalam masa 5-10 mins lepas berbuka. semua tempat makan itu di kemas semula dalam masa kurang dari 2-3 min utk menunaikan fardu magrib.

Dan lagi... dgn serban pulak


Persediaan juadah berbuka


My protion hehehe


Menanti waktu berbuka


Memandangkan kami akan bermusafir selepas fardu magrib, kamu berniat utk solat jamak. Sesudah magrib kami terus solat isya qasar 2 raakat dan selepas selesai kami terus menuju ke tempat letak kereta. Rasa sayu meninggalkan masjid nabi yg penuh dengan ketenangan...

Dalam perjalanan ke kedai kami sempat membeli air buah dan ice cream. Maklumlah org berpuasa bila berbuka tu macam2 nak makan.

Setelah beredar dari bandar Madinah rasa masa sepi hati ini setelah berada di dalam suasana golongan Ansar. Memangla berbeza org2 muhajirin dari org2 Ansar. Patutlah jasad rasullullah bersemadi di bumi org2 Ansar.

Setelah keluar dari kota Madinah, aku volunteer utk drive sehingga la sampai ke Dahban. Alahamdulillah perjalanan malam cukup tenang dan tak banyak sangat kendereaan dan kami sampai ke Jeddah lebih kurang Jam 12:30 malam. Rasa puas penjalanan ini alhamdulillah...

Ini la sedikit kisah pengalaman saya menikmati suasa dia Masjid Nabi. Anda juga boleh lihat gambar2 yg aku ambil di FB... nantikan la epsiod seterusnya insyallah...

Tuesday, August 9, 2011

Monday, August 8, 2011

Getting things organized






Saya rasa setiap orang suka to keep things in order. Saya teringat masa kecil2 melihatkan mak dan kakak melipat baju-baju kami dengan tertib dan teratur dan menyimpan dalam almari. Walaupun dari luar almari tu nampak usang tapi bila buka di dalam setiap pakaian akan tersusun rapi. Mak paling pantang kalau kami ambil tuala ke dalam almari dia dengan menarik tuala tu dengan cepat kerana perbuatan itu akan spoil segala susuan pakaiannya yang telah tersusun rapi.

Saya pun kadang terikut2 dengan tradisi susunan.. Walaupun pada ketika itu kami tak mampu ada almari yg cantik2 tapi sekurang2 bila buka almari tu pakaian saya tersusun rapi. Kadang2 saya jealous tengok susunan rapi baik hiasan rumah dan pakaian dalam majalah Impiana dan Anjung Seri yang menjadi langanan saya. Dan itu lah impaian saya mempunyai rumah yang tersusun rapi dari luar ke dalam.

Jadi kalau dah duduk sorang2 ni boleh la berhiasan dan menyusun kerana dah tak de benda nak buat lagi. So beginilah sebahagian dari susuan pakaian saya di dalam almarri.. Nanti kan pula susunan atur di rumah saya nanti di ruangan akan datang insyallah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com