Wednesday, January 26, 2011

Batrishya's Birthday

26th January 1997* :
  • You were born on a Sunday.
  • Your star sign is Aquarius.
  • Your birthstone is Garnet.
  • The season was Winter.
  • You were born in the Chinese year of the Rat.
  • The US President was Bill Clinton (Democratic).
  • The UK Prime Minister was John Major (Conservative)

Tuesday, January 25, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran Januari menurut Datuk Dr Fadillah

Nuffnang Ads

Rahsia Bulan Kelahiran

13 Jan 2009

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi

Nama Batrishya Nama di Beri Happy Birthday Angah















Anak adalah pengikat kasih bagi setiap pasangan..... begitu la ungkapan yang sering kita dengar di kalangan masyarakat kita. Masa saya baru-baru berumah tangga; saya sering berbincang dengan isteri saya tentang berapa ramai anak yang kita hendak.... Belum sempat dia menjawab, saya katakan sekurang-kurangnya sepuloh orang. Memandangkan adik beradik sebelah saya.. 10 orang semuanya. Saya melihat jika adik beradik kita ramai, kami akan tolerant antara satu sama lain dan yang lebih tua banyak menyumbangkan dan berkorban kepada adik-adik yang di bawah di dalam membantu membina keluarga. Ini berbeza dengan keluarga yang hanya ada satu atau dua orang anak. Segala tumpuan dan perhatian adalah pada mereka. Begitu juga expectation dari keluarga dari kedua-dua belah pihak bila mereka berumah tangga.... kalau yg dah ramai cucu tu agak lebih relax bila menimang cucu baru, bebandingkan kalau mertua/ibubapa yang menimang cucu pertama...

Ini terbukti apabila kami menerima cahaya mata kami yang pertama... mertua sayala orang yang paling excited.. Asyik-asyik cucu mak cucu mak.... maklumlah cucu pertama. Sampai to certain extend nak minta pinjam cucu duduk dengannya di Johor tapi saya tak bagi kerja kamu juga sayang dan ingin senantiasa bersamanya selalu dan lihat pembesarannya.... Pernah terlintas di fikiran saya mungkin kalau ada dua orang mungkin la boleh di silih ganti seorang dengan kami dan seorang lagi dengan mertua...

Mungkin dengan fikir saya agaknya ingin anak yang ramai agaknya, allah terus menerima hasrat kami dan mengurniakan kami cahaya mata kedua pada tahun berikutnya setelah menerima cahaya mata pertama. Gembira tak terperi. Beli pergi check dengan Datuk Dr Jemilah kat Ampang Putri, Dr pun terperanjat. Sangkanya kami ke situ untuk buat post natal check up tapi untuk our second baby. Dr Jemilah senyum sinis melihat kehadiran kami.

Hari demi hari, bulan demi bulan tiba satu ketika sedang saya menoton siaran kegemaran saya iaitu siri motivasi oleh Datuk Maznah Hamid dia membicangkan macamana kita nak dapat anak yang bijak. Jadi katanya lagi untuk mendapat anak yang bijak, seorang bapa tu kenala selalu usap perut ibu... semasa ibu mengandung; dan katanya nanti bayi di dalam perut tu akan berkata "Ooo inilah tangan bapa aku.." Dia menambah lagi .." Jadi apa bila bayi itu keluar tangan bapa yang sepatutnya menyambut bayi tersebut kerana bayi akan lebih kenal dengan tangan bapa yang sering mengusap perut ibu sepanjang bayi itu berada di perut ibu".... Ting... teruslah saya terfikir seolah-olah Dr Maznah tu bercakap dengan saya; memandangkan isteri saya pada ketika itu pun sedang mengandung anak kedua. Saya lantas bercakap dengan isteri saya.. " Kali ni I nak sambut anak I" tapi jawab isteri saya .. "Ha nanti U yang pengsan tengok darah..." Saya berkata tak de la, "I will be OK" kata saya kerana di benak fikiran saya, saya akan ada Dr Jemilah di samping saya untuk mengarahkan saya apa yang perlu saya buat.

Saya amat determine utk sambut anak sendiri kali ni. Almost setiap ketika dan orang saya jumpa saya akan katakan "Saya nak sambut anak saya kali ni..." sehinggalah bila masa dah dekat untuk isteri saya melahirkan iaitu lebih kurang 8 bulan lebih. Kami pun pergilah ke Gombak berhampiran dengan perkampungan orang asli kerana katanya ada makchik or mak bidan yang pandai buat air selusuh. Sebagai anak muda saya turut aje nasihat orang tua untuk mencari air selusuh utk isteri saya... Masa jumpa makchik tu pun saya cakap jugak dengganya yang saya nak sambut sendiri anak saya kali ni... tapi saya di marahinya... Dia kata"kau jangan minta yang bukan2 nanti kau tak tentu arah di buatnya..." Saya terus istigfar setiap kali saya terfikir niat saya nak sambut anak saya yang kedua tu...kerana di fikiran saya bukan saya nak sambut seorang-seorang ... pastinya ada Dr dan nurse di keliling..."

Walaupun saya tidak lagi mengungkapkan perkataan itu lagi setelah di marahi mak bidan tu (nak sambut bila isteri melahirkan) tapi isteri saya pula asyik mengungkapkan .."Hai nanti I terberanak kat Umah". Maklum la masa tu dia sibuk dengan jualan kueh raya yang ordernya beribu-ribu. Isteri saya ni memang pakar masak dan membuat kueh mueh ni. Nak halang dah hobinya dan lagi boleh la juga tokok tambah duit belanja untuk hari raya nanti. Maklumlah gaji masa tu pun tak seberapa...

Entah la kekadang saya ni boleh rasa bila isteri saya akan melahirkan... mungkin pengalaman saya membela kuching membuat saya lebih arif tentang tanda-tanda kelahiran. Dengan rasa deria ini la saya berpesan pada isteri saya iaitu minggu terakhir bulan Ramadan untuk habis kan semua order-order kueh pada minggu tersebut. Alhamdulillah dia sempat habiskan semua pada hari sabtu pada minggu tersebut walaupun agak lewat malam.

Setelah solat subuh pada keesokkan hari nya saya lihat isteri saya agak lain sambil mengusap2 perutnya... Saya bertanya" Dah nak beranak ke" Jawabnya pendek "Entah" Saya tanya lagi "Ada contraction tak" Jawabnya "Contraction tu cam ne ek?" Di firasat saya mungkin dia OK dan di fikiran saya pula berfikir mungkin dia agak keletihan setelah terpaksa berjaga malam menyiapkan order kueh rayanya tu.

Saya mengesyorkan pada isteri saya agar pergi ke hospital untuk di periksa dan dia akur tapi katanya dia nak qadiatul hajat... Sementara menanti dia bersiap; seperti biasa saya pun buka la siaran TV hari Ahad rancangan motivasi Dr Fadilah Kamsan sambil mengemas baju yang nak di bawa ke hospital. Dalam saya asyik menonton TV.... Tetiba saya terdengar satu jeritan..."Baannnnnnnggggggggggggg". Saya dok fikir hari orang sebelah bergaduh ke? atau siaran TV ke? Dalam hati pula berkata-kata hai tak kan pagi-pagi buta ni ada siaran drama TV pulak. Dalam saya mencari2 jawabannya saya mendengar jeritan kedua yang lagi kuat dari yang pertama " Baaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg". Rupa-rupanya jeritan tu adalah jeritan dari isteri saya yang berada di dalam bilik air. Saya pun bergegas ke bilik air dan bertanya "Kenapa" Katanya "I dah nak beranak" Saya kata "OK nanti I call Dr" tapi katanya "I nak beranak sekarang!" We looked at each other puzzled dan saya pun mencangkung sambil menanti kelahiran bayi saya sedangkan isteri saya dalam keadaan berdiri...." Belum sempat kami berfikir nak buat apa tetiba bayi kami keluar... dan menangis seketika dengan tali pusat masih di rahim isteri. Isteri saya pun bertanya "nak buat apa ni" jawab saya pendek "Entah". Masa tu I kept telling my self be cool kalau di fikir kelakar pun ada.

Saya kebingungan Nombor talipon yg saya ingat masa tu ialah 911 dan no talipon rumah di Johor. Mujurkan no hospital senang di cari kerana kad hospital tu ada di dalam bag tangan isteri saya. Saya pun calllah hospital. Saya katakan tolong beritahu Dr Jemilah untuk menalipon saya balik kerana isteri saya telah melahirkan di rumah.." Sementara tu saya sempat menalipon keluarga di Johor. Bila saya talipon mak saya dan beritahu dia yg Zura dah bersalin; dia kata"OK biar selamat insyallah" dan bila call mak mertua pula, saya berkata "Mak Zura dah bersalin..." jawabnya "Iyeee" dengan nada gembira. Tanyanya lagi "Anak Apa?" Jawab saya ringkas "Entah mak tak sempat nak tengok fasal Zura lahir kat umah" Tetiba suara dia bagai guruh "Appppaaaaaaaaaaaaaa!" Terus di letaknya ganggang talipon... terperanjat agaknya.

Jiran pun mula datang cuba nak menolong, ada yang pertama datang terus patah balik fasal tak boleh tengok darah... Saya ni macam bersaie antara safa dan marwa ke sana sini mencari idea apa yang perlu di buat.

Tak berapa lama Dr Jemilah call dan bertanya khabar serta meminta penjelasan apa yang telah berlaku. Saya katakan padanya "You tell me what I need to do and I will do it..." JAwabnya "Don't do anything we get help to you and we will send ambulance over" Setelah menyoal selidik apa yang berlaku dia berkata" Just keep your wife and baby warm till we get there...".

Makchik2 yang datang pula sibuk suruh pergi ke Greenwood cari Doktor. Saya pun bergegaslah ke klinik berdekatan dengan rumah. Tapi malang Dr tak datang lagi but by the impression that I've got , dia orang tak nak handle case cam ni because bukan patient dia org. Jadi saya pulang dengan hampa.

I felt helpless melihatkan isteri saya yang kelihatan pucat dan kebiruan. Saya cuba angkat dia masuk ke bilik tapi bila cuba nak angkat tak larat... Saya sambil berseleroh " Sorry la, I tak larat nak angkat U fasal I dah lama tak angkat weight".Apabila bapa saudara sampai saya, saya pun memapah isteri saya ke bilik dan baru la dia nampak tenang sikit.

Setelah 45 minit menunggu baru la ambulance sampai... Satu penantian yang agak lama bagi saya ketika itu. Nurse hospital tu pun memulakan tugasnya dengan peralatannya mengeluarkan uri dan tali pusat dengan memotongnya. Setelah process memotong tali pusat selesai, isteri saya pun di bawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi... Sampai di hospital baru la saya reda kerana saya tahu she will be in good hands of Doctor Jemilah.

Anak saya yang sulong yang ketika itu baru 11 bulan pula seolah-olah memahami apa yang berlaku dan diam tanpa banyak bicara dan kerenah. Sayang dia kat adik dia terukir di hari pertama kehadiranya kedunia sambil mengucap pipi adiknya setiap kali berjumpa. Mujur ada adik angkat saya Ani yang tolong menjaga Along sementara menanti kehadiran Mak Mertua saya.


Setelah semuanya reda, saya bertanya isteri saya apa nama yang kita nak letak? Saya kata; saya hendak letakkan nama Nur Batrishya = Cahaya Bijaksana... mengambil sempena maknanya Bijaksana seperti syor Zoco yang juga mendapat cahaya mata pertama beberapa hari sebelum tu. Begitu la nama mu di beri wahai anakandaku Nur Batrishya...

This is what I have got dalam internet tentang makna Batrishya..

BATRISYA
BBijaksana
AAmanah
TTulus
RRamah
IIkhlas
SSuci
YYakin
AAlim


Walau sudah 14 tahun peristiwa tu berlalu, namun ianya tetap segar di ingatan Daddy dan juga Mummy, Angah yang sedari kecil amat mudah di jaga dan harapan Daddy moga Angah menjadi anak yang bijaksana, solehah dan berjaya dalam hidup. Masa kecil-kecil anak selalu kata Angah nak jadi Doktor tapi Daddy tak kesah apa aje career apa yang Angah pilih asal ianya career yang Angah senang, happy dan memperoleh rezeki yang halal dari nya.

Walau pun kini kita berjauhan namun setiap detik ingatan Daddy tetap segar pada anak 2 dan keluarga dan tak pernah lupa tentang hari lahir Angah.

Happy Birthday Angah Daddy ucapkan moga di panjangan umur, di murahkan rezeki dan mendapat kejayaan hidup dunia dan akhirat.... Amin.

Salam dari Daddymu yang tercinta...


Friday, January 14, 2011

Second Hand Car










Kenderaan adalah salah satu pengankutan yang amat penting sekarang. Tak kira la jenis apa dari keldai, beca, kereta kuda dan di zaman moden ni kereta. Tinggal di perantauan ni payah juga kalau tak de kenderaan untuk nak pergi dari satu tempat ke satu tempat. Setahu saya perkhidmatan bas untuk perjalanan dalam bandar pun mungkin tak ada. Mungkin kerana semua mampu beli kereta. Cuma yang ada long distance aje. Lagi pun hanya expat dari negara bangladesh, india, indonesia yang berkerja buruh saja yang perlukan perkhidmatan bas.. So it is kind of charity works la bagi kerajaan sini untuk sediakan bas kerana mungkin tak menguntungkan. Tapi perkhidmatan taxi banyak la tapi kekadang bergantung kepada pemandu juga .. ikut sedap dia orang berapa dia orang nak letak harga. Kalau nak naik kereta taxi sapu.. pun kena hati2... Kalau tak ... tak pasal di ainayakan. Ada terbaca dalam akhbar, seorang warga indon di perkosa dan di tinggal kan di padang pasir dalam keadaan berbogel kerana sangkanya itu kereta taxi sapu...

Dulu masa saya berkerja di Qatar, saya didalam delima; samada nak beli kereta baru atau sewa aje kereta. Jadi bila tanya kekawan mereka kata "Kalau nak duduk lama belilah kereta baru.." Memandangkan niat hati pada mulanya memang lah hendak duduk dan berkerja lama di Qatar.. dan akhirnya saya pun beli lah kereta Honda Civic. Tapi lepas berada di sana selama 1 tahun setengah... keadaan kerja gawat dan tak menentu di tambah pula saya mendapat tawaran untuk bekerja di Jeddah, saya pun terpaksa la menjualkan kereta saya... dan Akhirnya saya rugi QR 12,000. Nak buat cam mana kan...

Jadi sekarang bila bekerja di Jeddah saya pun serba salah samada bak teruskan sewa Nissan Altima ni atau beli kereta 2nd Hand atau beli kereta baru. Option untuk beli kereta baru mungkin terpaksa di lupakan buat masa sekarang. kerana kestabilan kerja masih tak menentu kerana company ni company baru dan masih struggle. Dalam fikiran ni mungkin la saya teruskan sewa kereta atau beli kereta 2nd hand....

Ada beberapa sumber tempat jualan kereta 2nd hand di Jeddah. ni Kebanyakkan nya orang akan advertise kat expatraites.com, atau beli kat Kharaj - sebuah tempat kenderaan yang amat besar di sini atau beli di car park Saway Mall. Dan selalunya tempat2 cam ni kereta di beli dengan cash.

Ada juga tanya dekat bank untuk dapatkan loan kereta, tapi syaratnya, hanya kereta2 yg tertentu aje yang di benarkan untuk ambil loan dan ada list of agent yang tertentu saje yang authorised... Kebanyakkannya kereta jenis buatan jepun. Kalau kereta American hanya bank tertentu pula yang ada berikan loan kenderaan...

So sekarang saya masih dalam pencarian.. pucuk panggalnya kalau duit dah cukup baru la sedap dan mencari kalau tak .. telan air liur aje lahkan. bila kereta yang di idamkan tu di lamar orang .. So semalam memandangkan tak de apa nak buat, saya pergi ke Sawary Mall untuk meriki kereta2 second hand di situ... Hai kalau ada jodoh adalah nanti ye... sementara tiba dan datang nya jodoh.. naik aje la kereta sewa Nissan Altima tu....


Gardening Day

Selepas subuh saya terus alihkan bunga2 yang di beli semalam

Ini lah antar pokok-pokok yang survive musim panas baru ni, saya sempat bawa pokok kemboja dari Malaysia. Tak sabar nak tengok pokok tu besar dan berbunga..

iWind Chime yang di beli di Macap, Johor memberi irama yang menarik terutama bila di tiup angin. Maklum duduk dekat dengan tepi laut.. sering di tiup dengan tiupan bayu.

Sweet Peas

Petunias




Gardening has been my passion since I was young and it continues till this day. I can't see a baren land untouched. I will definitely turn it into fruit orchard, zoo, or mini botanical garden. Living in an apartment in Jeddah permit my gardening activities but if there is a will there is a way. I ended turn my tiny balcony into my tiny mini garden.

Itu lah kan kalau dah minat semua boleh jadi. I feel alive looking at the plants kept growing everyday and especially this time of the year, with petunias sweet peas etc. Hai kalau nak ikut kan hati nak aje bela heliconia but this place it is a challenge to grow heliconia especially during summer where it can gets very hot. Harga Sweet Peas dan Petunias pun SAR 1.50 sepokok so boleh la sering di tukar gantikan pokok2 tu.

So itu la taman mini saya di Al Hamraa....

Tuesday, January 11, 2011

Suddenly- Billy Ocean







Sedetik Lebih - Anuar Zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu



Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu






Monday, January 10, 2011

Berakhir sebuah impian

Hari ini saya di khabari dengan berita-berita yang sedih. Satu ialah kembalinya ke rahmatullah Bapa saudara sebelah isteri saya yang pertama kali saya jumpa di majlis pernikahan saya. Diala orang yang menjadi juru cakap bagi pihak keluarga isteri saya. Berlatar belakangkan sebagai seorang guru, beliau cukup mesra dengan kami dan having a loving character. Usually kalau jumpa mesti kena peluk dengan dia maklumlah saya ni anak saudara yang jarang balik dan jarang pula bertemu dengannya. Kalau jumpa pun masa hari raya dan kalau jumpa pun al maklum la sekejap aje... Saya dapat lihat kesihatan beliau telah berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ni... Saya masih ingat pesanan beliau semasa saya ingin mencuba nasib untuk bekerja di luar negara, di samping memberi semangat beliau juga memberi nasihat agar berkerja dengan tekun dah ikhlas... Kerana katanya hanya dengan membuat kerja yang ikhlas dapat membawa kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Al Marhum Ngah Majid....

Berita sedih yang seterusnya ialah berkenaan dengan kisah perceraian pasangan yang amat saya hormati yang juga merupakan pendidik kepada diri saya yang juga menjadi asbab saya meminati bidang kejuruteraan awam. Semasa saya belajar dulu, pasangan ini kami anggap amat ideal di kaca mata kami kemana pergi pun bersama dan terkadang teringin jika saya mendapat pasangan seperti mereka seiring dan sejalan. Walau pun telah tamat belajar dulu saya sempat juga berkunjung kerumah beliau dan mereka masih mesra seperti dulu.. Kadang-kadang terharu juga bila pendidik masih mengingati pelajarnya walau telah berpuloh-puloh tahun kami tidak berjumpa.

Berita yang saya terima dari seorang rakan tentang mereka amat mengejutkan. Apa kah puncanya hingga berlakunya perceraian. Tiadakah lagi ada jalan penyelesaian memandangkan anak-anak mereka telah besar dan ada yang sudah berumah tangga... atau hubungan itu hanya retak mencari belah... Adakah di sebabkan si suami ingin berkawin lain yang membuat si isteri pertama tidak mau di madu dan mau di lepaskan atau ada perkara lain??? Adakah si isteri berpangkat lebih besar dan tinggi dari suami sehingga si isteri ingin berkuasa di rumah seperti di pejabat. Adakah ini kerana ego si isteri dan inferiority complex si suami? Jawapan ringkas si suami ianya tidak boleh di selamatkan lagi...

Yang pasti kita di dunia tak sunyi dengan dugaan demi dugaan ada dengan suka, duka, pahit, manis, ceria dan derita...

Malah diri saya yang kerdil ini pun tak sunyi dengan dugaan terpaksa hidup berjauhan dari anak isteri tanpa melihat anak sendiri membesar.... Moga Allah memberi ketabahan mengaharungi segala dugaan di dunia ni.



Ku Berjanji Karna Cinta- Anuar Zain

Monday, January 3, 2011

First Day at School for My Children

Today is the first day at school for all my children. Three to them is in the same secondary school and the other two still in the primary school. It is a full-time job for for my wife to send them and pick them up after school. Most of her time is on the road. They have to wake up as early as 5 am in the morning, get ready, have breakfast and by 6.30 am off they go.

The traffic is sometimes very challenging and one should not miss the timings. Once you leave home there is no turning back. In the car, attire for the religious school are also ready.

Once completing the morning cycle, my wife will return and get ready for lunch all packed in the tupperware and once it is time to pick them up.. Off she goes. Fetch my two younger daugthers and sent them to the religious school near my in laws place. In the car will be their changing rooms and dining table for their packed lunch. After sending both of them, she has to go back to fetch our three elder daughters. They also have lunch in the car either going back to Majidee awaiting for the two little sister to be back or back home while getting assistance from my father in law to fetch them after school.

I guess this the process of growing up. I too gone through those tiring days. Sometimes I also give up and said to my self, why I had to go through all these things. Wouldn't it be easier for me to work and earn a living...

Looking back the past, those are the days and I enjoyed, eventhough with all the hardship...

My children.. I may not have all the wealth in this world, but I am committed to educated you to be what you want to be to reach you dream and goal even though I had to make scarifies of living distant apart. But my love and prayers are always there for you.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru Georgarian 2011. Pada tarikh ini tahun lepas saya sambut di Dubai itupun kerana terpaksa kerana seminggu sebelum tu saya pergi ke Dubai bersama keluarga setelah sebulan mereka menziarah saya di Doha. It was just a day break. Sempat la bawa mereka ke Burj Khalifa.

Pada Malam New YEar Tahun lepas saya pergi ke rumah Mac untuk jemputan makan malam bersama cousin Hanif. Mac adalah Warga British yang telah memeluk agama islam dan berkahwin dgn wanita melayu. Selepas makan malam, saya pergi ke tepi laut untuk melihat bunga api di Burj Al Arab menanda kan detik 12 malam...

Tahun ni juga saya berpeluang melihat bunga api di tempat yang tidak asing bagi saya... walau pun tidak bersedia untuk mengambil gambar tapi saya seronok melihat ruang udara yang di hiasi dengan mandian bunga api...

Setiap tahun orang akan bertanya apakah azam baru untuk tahun ni..

Nak ikutkan banyak lagi azam-azam yang lepas-lepas yang masih belum tercapai. Tapi secara ringkas, ingin memperbaiki diri dgn menambahkan lagi amalan2, berusaha mendalami dunia business dan belajar menguasai dunia wang.

Moga impian dan harapan untuk tahun ini terlaksana hendaknya...

Salam Satu Malaysia dan Selamat Tahun BAru...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com