Tuesday, January 25, 2011

Nama Batrishya Nama di Beri Happy Birthday Angah















Anak adalah pengikat kasih bagi setiap pasangan..... begitu la ungkapan yang sering kita dengar di kalangan masyarakat kita. Masa saya baru-baru berumah tangga; saya sering berbincang dengan isteri saya tentang berapa ramai anak yang kita hendak.... Belum sempat dia menjawab, saya katakan sekurang-kurangnya sepuloh orang. Memandangkan adik beradik sebelah saya.. 10 orang semuanya. Saya melihat jika adik beradik kita ramai, kami akan tolerant antara satu sama lain dan yang lebih tua banyak menyumbangkan dan berkorban kepada adik-adik yang di bawah di dalam membantu membina keluarga. Ini berbeza dengan keluarga yang hanya ada satu atau dua orang anak. Segala tumpuan dan perhatian adalah pada mereka. Begitu juga expectation dari keluarga dari kedua-dua belah pihak bila mereka berumah tangga.... kalau yg dah ramai cucu tu agak lebih relax bila menimang cucu baru, bebandingkan kalau mertua/ibubapa yang menimang cucu pertama...

Ini terbukti apabila kami menerima cahaya mata kami yang pertama... mertua sayala orang yang paling excited.. Asyik-asyik cucu mak cucu mak.... maklumlah cucu pertama. Sampai to certain extend nak minta pinjam cucu duduk dengannya di Johor tapi saya tak bagi kerja kamu juga sayang dan ingin senantiasa bersamanya selalu dan lihat pembesarannya.... Pernah terlintas di fikiran saya mungkin kalau ada dua orang mungkin la boleh di silih ganti seorang dengan kami dan seorang lagi dengan mertua...

Mungkin dengan fikir saya agaknya ingin anak yang ramai agaknya, allah terus menerima hasrat kami dan mengurniakan kami cahaya mata kedua pada tahun berikutnya setelah menerima cahaya mata pertama. Gembira tak terperi. Beli pergi check dengan Datuk Dr Jemilah kat Ampang Putri, Dr pun terperanjat. Sangkanya kami ke situ untuk buat post natal check up tapi untuk our second baby. Dr Jemilah senyum sinis melihat kehadiran kami.

Hari demi hari, bulan demi bulan tiba satu ketika sedang saya menoton siaran kegemaran saya iaitu siri motivasi oleh Datuk Maznah Hamid dia membicangkan macamana kita nak dapat anak yang bijak. Jadi katanya lagi untuk mendapat anak yang bijak, seorang bapa tu kenala selalu usap perut ibu... semasa ibu mengandung; dan katanya nanti bayi di dalam perut tu akan berkata "Ooo inilah tangan bapa aku.." Dia menambah lagi .." Jadi apa bila bayi itu keluar tangan bapa yang sepatutnya menyambut bayi tersebut kerana bayi akan lebih kenal dengan tangan bapa yang sering mengusap perut ibu sepanjang bayi itu berada di perut ibu".... Ting... teruslah saya terfikir seolah-olah Dr Maznah tu bercakap dengan saya; memandangkan isteri saya pada ketika itu pun sedang mengandung anak kedua. Saya lantas bercakap dengan isteri saya.. " Kali ni I nak sambut anak I" tapi jawab isteri saya .. "Ha nanti U yang pengsan tengok darah..." Saya berkata tak de la, "I will be OK" kata saya kerana di benak fikiran saya, saya akan ada Dr Jemilah di samping saya untuk mengarahkan saya apa yang perlu saya buat.

Saya amat determine utk sambut anak sendiri kali ni. Almost setiap ketika dan orang saya jumpa saya akan katakan "Saya nak sambut anak saya kali ni..." sehinggalah bila masa dah dekat untuk isteri saya melahirkan iaitu lebih kurang 8 bulan lebih. Kami pun pergilah ke Gombak berhampiran dengan perkampungan orang asli kerana katanya ada makchik or mak bidan yang pandai buat air selusuh. Sebagai anak muda saya turut aje nasihat orang tua untuk mencari air selusuh utk isteri saya... Masa jumpa makchik tu pun saya cakap jugak dengganya yang saya nak sambut sendiri anak saya kali ni... tapi saya di marahinya... Dia kata"kau jangan minta yang bukan2 nanti kau tak tentu arah di buatnya..." Saya terus istigfar setiap kali saya terfikir niat saya nak sambut anak saya yang kedua tu...kerana di fikiran saya bukan saya nak sambut seorang-seorang ... pastinya ada Dr dan nurse di keliling..."

Walaupun saya tidak lagi mengungkapkan perkataan itu lagi setelah di marahi mak bidan tu (nak sambut bila isteri melahirkan) tapi isteri saya pula asyik mengungkapkan .."Hai nanti I terberanak kat Umah". Maklum la masa tu dia sibuk dengan jualan kueh raya yang ordernya beribu-ribu. Isteri saya ni memang pakar masak dan membuat kueh mueh ni. Nak halang dah hobinya dan lagi boleh la juga tokok tambah duit belanja untuk hari raya nanti. Maklumlah gaji masa tu pun tak seberapa...

Entah la kekadang saya ni boleh rasa bila isteri saya akan melahirkan... mungkin pengalaman saya membela kuching membuat saya lebih arif tentang tanda-tanda kelahiran. Dengan rasa deria ini la saya berpesan pada isteri saya iaitu minggu terakhir bulan Ramadan untuk habis kan semua order-order kueh pada minggu tersebut. Alhamdulillah dia sempat habiskan semua pada hari sabtu pada minggu tersebut walaupun agak lewat malam.

Setelah solat subuh pada keesokkan hari nya saya lihat isteri saya agak lain sambil mengusap2 perutnya... Saya bertanya" Dah nak beranak ke" Jawabnya pendek "Entah" Saya tanya lagi "Ada contraction tak" Jawabnya "Contraction tu cam ne ek?" Di firasat saya mungkin dia OK dan di fikiran saya pula berfikir mungkin dia agak keletihan setelah terpaksa berjaga malam menyiapkan order kueh rayanya tu.

Saya mengesyorkan pada isteri saya agar pergi ke hospital untuk di periksa dan dia akur tapi katanya dia nak qadiatul hajat... Sementara menanti dia bersiap; seperti biasa saya pun buka la siaran TV hari Ahad rancangan motivasi Dr Fadilah Kamsan sambil mengemas baju yang nak di bawa ke hospital. Dalam saya asyik menonton TV.... Tetiba saya terdengar satu jeritan..."Baannnnnnnggggggggggggg". Saya dok fikir hari orang sebelah bergaduh ke? atau siaran TV ke? Dalam hati pula berkata-kata hai tak kan pagi-pagi buta ni ada siaran drama TV pulak. Dalam saya mencari2 jawabannya saya mendengar jeritan kedua yang lagi kuat dari yang pertama " Baaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg". Rupa-rupanya jeritan tu adalah jeritan dari isteri saya yang berada di dalam bilik air. Saya pun bergegas ke bilik air dan bertanya "Kenapa" Katanya "I dah nak beranak" Saya kata "OK nanti I call Dr" tapi katanya "I nak beranak sekarang!" We looked at each other puzzled dan saya pun mencangkung sambil menanti kelahiran bayi saya sedangkan isteri saya dalam keadaan berdiri...." Belum sempat kami berfikir nak buat apa tetiba bayi kami keluar... dan menangis seketika dengan tali pusat masih di rahim isteri. Isteri saya pun bertanya "nak buat apa ni" jawab saya pendek "Entah". Masa tu I kept telling my self be cool kalau di fikir kelakar pun ada.

Saya kebingungan Nombor talipon yg saya ingat masa tu ialah 911 dan no talipon rumah di Johor. Mujurkan no hospital senang di cari kerana kad hospital tu ada di dalam bag tangan isteri saya. Saya pun calllah hospital. Saya katakan tolong beritahu Dr Jemilah untuk menalipon saya balik kerana isteri saya telah melahirkan di rumah.." Sementara tu saya sempat menalipon keluarga di Johor. Bila saya talipon mak saya dan beritahu dia yg Zura dah bersalin; dia kata"OK biar selamat insyallah" dan bila call mak mertua pula, saya berkata "Mak Zura dah bersalin..." jawabnya "Iyeee" dengan nada gembira. Tanyanya lagi "Anak Apa?" Jawab saya ringkas "Entah mak tak sempat nak tengok fasal Zura lahir kat umah" Tetiba suara dia bagai guruh "Appppaaaaaaaaaaaaaa!" Terus di letaknya ganggang talipon... terperanjat agaknya.

Jiran pun mula datang cuba nak menolong, ada yang pertama datang terus patah balik fasal tak boleh tengok darah... Saya ni macam bersaie antara safa dan marwa ke sana sini mencari idea apa yang perlu di buat.

Tak berapa lama Dr Jemilah call dan bertanya khabar serta meminta penjelasan apa yang telah berlaku. Saya katakan padanya "You tell me what I need to do and I will do it..." JAwabnya "Don't do anything we get help to you and we will send ambulance over" Setelah menyoal selidik apa yang berlaku dia berkata" Just keep your wife and baby warm till we get there...".

Makchik2 yang datang pula sibuk suruh pergi ke Greenwood cari Doktor. Saya pun bergegaslah ke klinik berdekatan dengan rumah. Tapi malang Dr tak datang lagi but by the impression that I've got , dia orang tak nak handle case cam ni because bukan patient dia org. Jadi saya pulang dengan hampa.

I felt helpless melihatkan isteri saya yang kelihatan pucat dan kebiruan. Saya cuba angkat dia masuk ke bilik tapi bila cuba nak angkat tak larat... Saya sambil berseleroh " Sorry la, I tak larat nak angkat U fasal I dah lama tak angkat weight".Apabila bapa saudara sampai saya, saya pun memapah isteri saya ke bilik dan baru la dia nampak tenang sikit.

Setelah 45 minit menunggu baru la ambulance sampai... Satu penantian yang agak lama bagi saya ketika itu. Nurse hospital tu pun memulakan tugasnya dengan peralatannya mengeluarkan uri dan tali pusat dengan memotongnya. Setelah process memotong tali pusat selesai, isteri saya pun di bawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi... Sampai di hospital baru la saya reda kerana saya tahu she will be in good hands of Doctor Jemilah.

Anak saya yang sulong yang ketika itu baru 11 bulan pula seolah-olah memahami apa yang berlaku dan diam tanpa banyak bicara dan kerenah. Sayang dia kat adik dia terukir di hari pertama kehadiranya kedunia sambil mengucap pipi adiknya setiap kali berjumpa. Mujur ada adik angkat saya Ani yang tolong menjaga Along sementara menanti kehadiran Mak Mertua saya.


Setelah semuanya reda, saya bertanya isteri saya apa nama yang kita nak letak? Saya kata; saya hendak letakkan nama Nur Batrishya = Cahaya Bijaksana... mengambil sempena maknanya Bijaksana seperti syor Zoco yang juga mendapat cahaya mata pertama beberapa hari sebelum tu. Begitu la nama mu di beri wahai anakandaku Nur Batrishya...

This is what I have got dalam internet tentang makna Batrishya..

BATRISYA
BBijaksana
AAmanah
TTulus
RRamah
IIkhlas
SSuci
YYakin
AAlim


Walau sudah 14 tahun peristiwa tu berlalu, namun ianya tetap segar di ingatan Daddy dan juga Mummy, Angah yang sedari kecil amat mudah di jaga dan harapan Daddy moga Angah menjadi anak yang bijaksana, solehah dan berjaya dalam hidup. Masa kecil-kecil anak selalu kata Angah nak jadi Doktor tapi Daddy tak kesah apa aje career apa yang Angah pilih asal ianya career yang Angah senang, happy dan memperoleh rezeki yang halal dari nya.

Walau pun kini kita berjauhan namun setiap detik ingatan Daddy tetap segar pada anak 2 dan keluarga dan tak pernah lupa tentang hari lahir Angah.

Happy Birthday Angah Daddy ucapkan moga di panjangan umur, di murahkan rezeki dan mendapat kejayaan hidup dunia dan akhirat.... Amin.

Salam dari Daddymu yang tercinta...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com