Thursday, April 28, 2011

Believe it or Not about Pigeon






Sebenar sedari kecil saya amat kagum dengan burung-burung yang allah ciptakan. Hidup terbang bebas untuk kemana saja. Pernah salah satu cita-cita saya ialah memegang burung yg jinak dan kemudian lepaskan ia pergi dan terbang. Pernah sekali saya dapat berkesempatan menolong dan memegang seekor burung yg sesat di bangunan Komplex Canselor yg saya bina. Kerana terlalu letih burung tu telah terlalu buntu tak tau nak kemana kerana sesat dalam bangunan berkaca.

Akhirnya saya ambil burung tu dan tunjukkan dia jalan keluar.. Alhamdulillah burung terbang ceria. Dan alhamdulillah juga kerana tercapai cita2 saya dari kecil memegang dan melepaskan burung.

PErnah juga saya membela burung merpati yg jenis besar sebelum ni. Itu pun kerana terpaksa... kawan yg suruh jaga kerana dia berpindah ke apartment dan tiada tempat utk membela burung. Nak tak nak terpaksa la bela. Apa yg saya perhatian kan burung merpati ni memang romantik.. kemana pergi berdua dan bila yg betina tu bertelur yg jantan tu senantiasa berada di sininya..

Kadang bintang ni pun boleh mengajar kita erti kasih sayang.

Memandangkan hobi memanam pokok telah di semai dari kecil, hobi ni terbawa2 sampai ke Jeddah, Jadi balcony yg sekangkang kera tu saya hiasi dgn pokok2 yg tahan cuaca panas di sini. So dalam banyak2 pasu tu ada la dua tiga pasu yg kosong. Dalam nak memikir nak tanam pokok apa, tetiba ada pulak burung bertelur di situ.. Alhamdulillah biarkan aje la rezeki allah bagi... mgkn tempat tu conducive utk mereka. Malangnya batch pertama gagal entah mengapa mungkin terencat agaknya fasal terganggu tiap kali nak mengeram. Batch kedua alhamdulillah telah kian membesar dan batch ketiga baru saja menetas.

Tilik punya tilik perhati punya perhati, rupanya merpati ni kalau bertelur hanya dua biji aje. dan bila di kaji rasanya ianya sepasang.... maha suci allah yg mencipta sekian makhluk penuh dgn rahsia yang mana hanya allah saja yg maha mengetahuinya... Subhannallah..

Jadi hari ni teruja pula ke birds market macam2 ada jual di sini dari ayam, merpati, merak, rusa pun ada.. hai nasib la duduk apartment aje kalau ada kawasan dan tentu ada ladang.... ini lah serba sedikit cara saya menghabiskan masa di sini..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com