Masa mula-mula Facebook di perkenalkan saya tak ambil hirau langsung kerana masa tu asyik dengan blog. Rasa seronok menulis pengalaman diri dan alam sekeliling agar ianya dapat memberi munafaat pada yang membacanya. Selalunya ada saja bahan yang hendak di tulis untuk di kongsi.
Tapi bila lihat abang saya yang kira tak berapa tau tentang dunia internet ni ada facebook... saya pun mula berjinak2. Dan padahnya sekarang dah terjebak dengan anak beranak sekali. Cara yang mudah menyampaikan maklumat dan mendapat maklumat.
Tapi blog masih mempunyai keistemewaannya sendiri... Baru ni sempat berchat dgn sahabat lama, dia kata wah dah mula tulis blog balik ye... hehehe. Tanpa kusedari rupanya ada peminat setia blog saya ni ye. Insyallah saya akan cuba menyemarakkan lagi suasana di blog ni insyallah. Tapi tu la kan nak menulis ni kena ada mood... kalau tak tulisan tu menjadi hambar saja kan....
Kot la kalau ada yang nak bagi pendapat tentang tajuk penulisan, sila la bagi komen ye...
No comments:
Post a Comment