Tuesday, May 17, 2011

Meeting with Malay Chamber of Commerce di General Consulate in Jeddah

Semalam pihak General Consulate di mengadakan perjumpaan di antara rakyat Malaysia yg bekerja di Jeddah dengan sebahagian dari ahli Malay Chamber of Commerce yang berkunjung ke Jeddah. Kalau ikutkan hati memang malas rasanya nak pergi tapi memikirkan sejak sampai ke Jeddah tak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke General Consulate tu. So tu yang buat pergi dan telah janji dengan Farid utk ke situ.

Memandangkan mesyuarat tu di adakan jam 8:30 malam, kami bercadang utk bertolak dari rumah jam 8:00 malam. Seperti yg di janjikan Farid datang dengan Azrir dan kami menuju ke GC tu melalui Falasteen Street. Kalau tak silap masuk Falasteen terus sampai jumpa Sign As Safa bertentangan dgn Government building belok ke kiri, terus sehingga tiba ke traffic light lepas kudu dan belok kanan. GC tu tak berapa jauh dari simpang tu berdekatan dengan petrol station.

Kalau di sini utk ke satu tempat ke satu tempat lebih mudah di beri direction sebegitu. Fasal kebanyakkan nya surat menyurat pakai PO Box. So far tak pernah nampak Posmen hantar surat ke rumah. Kalau di pejabat tu usually pakai fed ex.. tapi honestly tak pernah nampak posmen. Dah setahun dok sini pejabat pos pun belum pernah pergi.

Sesampai saja di GC, rasa kekok la pulak fasal saya pakai casual betul, seluar jeans biru dengan baju turtle neck hitam. Nasib baik boleh cover dgn coat casual. Yang lain rata2 pakai baju batik dan ada yg pakai coat...

Majlis di mulakan oleh General Console, Wakil Matrade dan Pengerusi Malaysia Business Council. Biasalah kan kalau nak makan free tu dengar aje la ucapan2 tu..

Lepas selesai ucapan tu tiba la masa untuk makan, nasi bryani, dan roti canai. Tapi saya ni bukan la berapa makan sangat hanya sekadar nak rasa aje...

Sambil makan kami sempat bersuai kenal dan bertukar pendapat dengan rombongan yg hadir. Sebelum Majlis di tutup, wakil perniagaan melayu sempat memberi sepatah dua kata.

Dan sebelum kami pulang sempat juga bergambar di depan GC.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com