Bandar Johor Bahru
Saya masa 13 tahun
Baru-baru ni anak-anak saya bagi tau yg dia pergi ke pasar ikut Mummy, jadi saya tanya bagaimana pengalaman ke pasar. Dia kata "Hmm kena pergi cari toilet fasal nak cuci kaki". So I told her my side of story.
Saya masih ingat lagi masa saya kecil, mak selalu bawa pergi ke pasar. Pengalaman pertama amat meyeronokkan. Maklum lah masa tu alam kami hanya di rumah saja dan dapat pergi ke pasar di bandar adalah suatu pengalaman. Dari kampung melayu kami menaiki taxi sapu tak berapa ingat berapa sen tapi saya tak kena bayaran.. free dan selalu dok atas riba mak.
Dari rumah ke pasar dalam 10 km dan selalu nya kurang dari setengah jam dah sampai. Fasal dulu tak de la sesibuk sekarang.
Lokasi pasar besar johor terletak di kedudukan Capital Square sekarang. Pasar besar itu merupakan bangunan dua tingkap merupakan pasar basah dan bersebelahnya pula merupakan kedai-kedai dan gerai2. Ada juga penjual di kaki lima yg hanya memakai payung besar.
Selalu bila sampai ke pasar mak akan menuju ke kedai jual sayur-sayuran dulu, lorong demi lorong kami lalui. Satu demi satu sayur-sayuran kami beli. Tapi saya ni jenis pengeli dengan air yg lecak dan becak. Selalu pergi cari paip air cuci kaki.
Lepas beli sayur-sayuran mak akan ke tingkat atas pula beli ayam, daging dan ikan. Masa tu kalau dapat makan daging dan ayam dah kira mewah. Akhir sekali kami pergi ke kedai nyonya telur beli telur ayam. Baru la saya tau mak ajak teman ke pasar kerana nak minta tolong bawakan barang2. kadang-kadang bila barang yg di beli banyak sangat mak tumpang barang2 tu kat nyonya jual telur. Nyonya tu pun dah kenal dah fasal selalu pergi ke situ.
Selalu lepas beli barang2 tu, kalau nasib baik minta upah la kat mak belikan mainan... kadang2 dapat kadang2 tak. Tapi mainan yg paling saya ingat dan rasa amat berharga selepas berminggu-minggu berbelek... akhirnya dapat juga mainan beg doktor yg penuh dengan peralatan di dalamnya.
Bila di rumah mak pesan main sama-sama dgn adik... hmm biasalah doktor kan so adik jadi mangsa la selalu kena cucuk. Tapi tu la kan besar tak jadi doktor pun. hehehe
Itu la pengalaman saya pergi ke pasar dengan mak...