Wednesday, August 28, 2013

Selamat Ulang Tahun Wawa 280803



Tanggal 28 Ogos, suatu tarikh yang tetap kekal dalam ingatanku. Dari malamnya aku telah bergegas ke hospital setelah tiba saat yang di nanti-nantikan. Suasana malam yang hening membuat jiwa ku tenang dan menanti dengan penuh harapan. 

Sebelum fajar saat gembira yang di nantikan telah pun tiba. Cahayamata perempuan yg comel selamat di lahirkan. Aku bersyukur penantian yang di tunggu selama ini telah tiba dengan selamat dan sempurna. 














Bayi kecil itu di letakan oleh misi untuk di bersihkan. Melihatkan keadaan yang telah stabil dan setelah semalaman aku berjaga di hospital, aku pun pulang untuk tidur di rumah. 

Setelah berehat seketika, aku pun memulakan tugas sebagai Daddy untuk baby yang baru dengan mencuci temuni untuk di tanam. Sedang aku leka mencuci temuni, tetiba aku menerima panggilan talipon dari isteriku yang tercinta. Katanya "Abang.. Doktor kata anak kita ada komplikasi...". Aku bertanya "Komplikasi apa?" Jawabnya ringkas "Entah". Suasana yang tadinya ceria dan gembira tetiba bertukar menjadi cemas... Komplikasi????

Aku pun bergegas mencuci temuni, ikat dengan kain putih lalu di tanam di depan rumah. Setelah selesai menanam temuni, aku terus ke hospital untuk bertemu dengan Doktor. Dokto mengatakan anakku itu mengidap pneumonia dan Doktor ingin mengawasi terhadap perkembangan anakku itu sebelum di benarkan pulang. 

Aku pasrah melihatkan keadaan bayiku yang tersayang yang terpkasa di letakan di dalam icubator sejak di lahirkan. Setelah sehari, Doktor membenarkan isteriku pulang tetapi bayiku itu  terpaksa di tahan di hospital. Untuk kali pertamanya aku melihat isteriku suggul kerana bayi tidak di bawa pulang bersama. Dalam perjalanan pulang kami berdua senyap begitu hiba hingga tak terungkap sepatah perkataan pun. Ku dapat lihat genangan air di mata isterikan tapi aku tak sanggup menatapnya kerana aku juga tak terperi sedihnya. Tapi aku terpaksa kuatkan diri kerana isteri dan anak-anak ku yang lain perlu melihatkan aku kuat. 

Sepanjang tiga hari bayiku di hospital, aku pergi melawat bayiku itu pada setiap waktu lawatan dan setiap kali itu lah aku bertanya kan Doktor keadaanya tapi menurut Doktor keadaannya tiada perubahan. 

Setiap kali pulang ke rumah isteriku bertanya "Bagaimana keadaan anak kita?" Jawabku ringkas "OK". Tak tau apa yang harus ku ungkapkan...

Pada hari ke tiga Doktor telah memberitahu ku yang bayiku terpaksa di rujuk ke hospital besar  dengan alasan Doktor yang merawati bayiku itu akan menghadiri seminar antarabangsa. 

Aku amat kecewa dengan alasan yang di berikan. Aku tidak seharusnya memelilih hospital specialist yang akhirnya akan di rujuk ke hospital besar kerajaan. Geram Hampa Kecewa semua adanya rasa. 

Memandangkan aku tiada pilihan lain, bagaikan orang yg mabuk aku hanya menurut sahaja anjuran Doktor. Setelah mendapat persetujuan ku, ambulance di sediakan untuk menghantar bayiku itu dari hospital pakar ke hospital besar. 

Sesampai aku di sana bayi aku di periksa serta-merta oleh Doktor yang bertugas dan mengatakan bayi aku dalam keadaan kritikal. Doktor tersebut agak marah juga dan memberi komen "Beginilah hospital pakar swasta bila keadaan dah kritikal baru nak hantar ke kita...." Aku terus blank.
Doktor tersebut terus memasukan bayi aku itu ke NICU iaitu ICU yang di khaskan untuk bayi yang baru lahir. Aku amat kagum melihatkan kelengkapan yang cukup lengkap dan moden di hospital besar kerajaan. Di situ bayiku itu telah di masukkan ke dalam incubator dengan peralatan yg lebih canggih dari hospital pakar. Ku dapat lihat yang bayiku itu penuhi dengan wayar-wayar bagi merekod gerak nadi dan juga ubat.

Setelah bayiku itu di masukkan di incubator, aku sempat bertanyakan Doktor keadaan bayiku itu, Doktor tersebut hanya menjawab "Penyakit sebegini jika orang dewasa pun amat tipis peluang hidupnya 50-50" katanya. Aku cukup maklum dengan apa yang Doktor maksudkan. Aku pasrah dan sedar, semuanya milik Allah dan aku tiada berupaya membuat apa-apa melainkan berdoa agar dia memberi peluang untuk bayi itu hidup.






Doktor tersebut juga menyarankan agar aku memegang tangan dan berkata2 la selalu dengan bayi itu kerana katanya dia ada deria dengar dan rasa....  

Aku akur dengan saranan Doktor untuk berkata-kata dengan bayiku itu. Setiap detik, saat dan ketika tatkala  berada di situ, aku akan berkata-kata dalam hati bersamanya menberi harapan hidup, cita-cita besar di masa hadapan di selangi dengan bacaan surah yassin. 

Cukup berat rasanya dugaanku ketika itu. Tatkala pulang ke rumah bersama isteri dan anak-anakku yang lain; akan ku ukirkan senyuman pada mereka kerana bagiku sebagai ketua keluarga aku harus  kuatkan diri dan tojolkan yang semuanya OK walau pada hakikatnya bayi aku itu bertarung nyawa.
Di benak fikiran ku berkata-kata haruskan aku memberi tahu isteriku perkara yang sebenar yang  harapan itu tipis... Begitu berat rasanya, kerana jika aku memberi tahu perkara yang sebenar mungkin dia tidak boleh menerima hakikatnya dan menjejaskan keadaanya yang sememangnya sedih  setelah  melahirkan bayi kita itu dan buat pertama kali bayi tidak di bawa pulang ke rumah.
Jadi ada lebih baik ku pendamkan saya perkara yang sebenarnya. Ketika itu ku rasa duniaku begitu sepi dan tiada tempat untuk mengadu... Tapi sebagai ketua keluarga aku harus kuat. Untuk tenangkan fikiran ku yang berkecamuk ketika itu. Aku  menalipon saudara mara dan rakan taulan... dan setiap satu dari mereka ku pohon agar mendoakan kesihatan bayi ku itu... 

Megetahui kan keadaan aku dan anak ku ramai juga rakan2 sepejabat mengunjungi ku di hospital. Kehadiran mereka seolah-olah memberi aku dan anak aku suatu harapan dan semangat baru...

Setelah seminggu bayiku itu berada di incubator, pada hari ke tujuh Doktor mengatakan yang bayi ku itu boleh di beri susu dan sehari selepas itu di benarkan pulang Alhamdulillah. 

 Setelah pulang baru kelihatan keceriaan pada wajah isteriku dan baru la tenang jiwa. Syukur Alhamdulillah Terima Kasih Allah atas kurniaan mu yang tak terhingga itu.

Itu la Cahaya Malam Dengan Bisikan Hati atau Nur Leila Najwa nama bayiku itu. Lahirnya di waktu malam yang bercahaya dan sejak lahirnya hati ku dan hatinya berbisik-bisik memberinya harapan semangat cita-cita untuk berjuang untuk hidup.

Begitulah kisah 10 tahun yang lalu. Bagiku ianya amat istemewa dan punyai keistemewaan tersendiri. Jujur Ikhlas ringan tulang dan pandai mengambil hati orang tua dan kakak yang lain. Mungkin sebagai mana harapan yang di pohon walau pun badan yg masih kerdil tapi punyai jiwa yang begitu besar. 

Tidak di sangka juga ada bakat lakunan..dalam sketsa pendek Love the Greatest Gift



Happy Birthday Nur Leila Najwa, moga allah selalu sihatkan Wawa, murahkan rezeki Wawa, panjangkan umur Wawa, Jadikan Wawa anak yang solehah, Jadikan Wawa anak yang boleh memberi munafaat pada orang lain, tercapai segala cita-cita dan di beri kejayaan dunia dan akhirat in shaa allah.



Love you Wawa.
Love Daddy, Mummy, Atuk, Along, Angah, Uda, J dan Abang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com