Tanggal 28 Ogos, suatu tarikh
yang tetap kekal dalam ingatanku. Dari malamnya aku telah bergegas ke hospital
setelah tiba saat yang di nanti-nantikan. Suasana malam yang hening membuat
jiwa ku tenang dan menanti dengan penuh harapan.
Sebelum fajar saat gembira yang
di nantikan telah pun tiba. Cahayamata perempuan yg comel selamat di lahirkan.
Aku bersyukur penantian yang di tunggu selama ini telah tiba dengan selamat dan
sempurna.
Bayi kecil itu di letakan oleh
misi untuk di bersihkan. Melihatkan keadaan yang telah stabil dan setelah
semalaman aku berjaga di hospital, aku pun pulang untuk tidur di rumah.
Setelah berehat seketika, aku pun
memulakan tugas sebagai Daddy untuk baby yang baru dengan mencuci temuni untuk
di tanam. Sedang aku leka mencuci temuni, tetiba aku menerima panggilan talipon
dari isteriku yang tercinta. Katanya "Abang.. Doktor kata anak kita ada
komplikasi...". Aku bertanya "Komplikasi apa?" Jawabnya ringkas
"Entah". Suasana yang tadinya ceria dan gembira tetiba bertukar menjadi
cemas... Komplikasi????
Aku pun bergegas mencuci temuni,
ikat dengan kain putih lalu di tanam di depan rumah. Setelah selesai menanam
temuni, aku terus ke hospital untuk bertemu dengan Doktor. Dokto mengatakan
anakku itu mengidap pneumonia dan Doktor ingin mengawasi terhadap perkembangan
anakku itu sebelum di benarkan pulang.
Aku pasrah melihatkan keadaan
bayiku yang tersayang yang terpkasa di letakan di dalam icubator sejak di
lahirkan. Setelah sehari, Doktor membenarkan isteriku pulang tetapi bayiku
itu terpaksa di tahan di hospital. Untuk
kali pertamanya aku melihat isteriku suggul kerana bayi tidak di bawa pulang
bersama. Dalam perjalanan pulang kami berdua senyap begitu hiba hingga tak terungkap
sepatah perkataan pun. Ku dapat lihat genangan air di mata isterikan tapi aku
tak sanggup menatapnya kerana aku juga tak terperi sedihnya. Tapi aku terpaksa
kuatkan diri kerana isteri dan anak-anak ku yang lain perlu melihatkan aku
kuat.
Sepanjang tiga hari bayiku di
hospital, aku pergi melawat bayiku itu pada setiap waktu lawatan dan setiap
kali itu lah aku bertanya kan Doktor keadaanya tapi menurut Doktor keadaannya
tiada perubahan.
Setiap kali pulang ke rumah
isteriku bertanya "Bagaimana keadaan anak kita?" Jawabku ringkas
"OK". Tak tau apa yang harus ku ungkapkan...
Pada hari ke tiga Doktor telah
memberitahu ku yang bayiku terpaksa di rujuk ke hospital besar dengan alasan Doktor yang merawati bayiku itu
akan menghadiri seminar antarabangsa.
Aku amat kecewa dengan alasan yang
di berikan. Aku tidak seharusnya memelilih hospital specialist yang akhirnya
akan di rujuk ke hospital besar kerajaan. Geram Hampa Kecewa semua adanya rasa.
Memandangkan aku tiada pilihan
lain, bagaikan orang yg mabuk aku hanya menurut sahaja anjuran Doktor. Setelah
mendapat persetujuan ku, ambulance di sediakan untuk menghantar bayiku itu dari
hospital pakar ke hospital besar.
Sesampai aku di sana bayi aku di
periksa serta-merta oleh Doktor yang bertugas dan mengatakan bayi aku dalam
keadaan kritikal. Doktor tersebut agak marah juga dan memberi komen
"Beginilah hospital pakar swasta bila keadaan dah kritikal baru nak hantar
ke kita...." Aku terus blank.
Doktor tersebut terus memasukan
bayi aku itu ke NICU iaitu ICU yang di khaskan untuk bayi yang baru lahir. Aku
amat kagum melihatkan kelengkapan yang cukup lengkap dan moden di hospital
besar kerajaan. Di situ bayiku itu telah di masukkan ke dalam incubator dengan
peralatan yg lebih canggih dari hospital pakar. Ku dapat lihat yang bayiku itu
penuhi dengan wayar-wayar bagi merekod gerak nadi dan juga ubat.
Setelah bayiku itu di masukkan di
incubator, aku sempat bertanyakan Doktor keadaan bayiku itu, Doktor tersebut
hanya menjawab "Penyakit sebegini jika orang dewasa pun amat tipis peluang
hidupnya 50-50" katanya. Aku cukup maklum dengan apa yang Doktor
maksudkan. Aku pasrah dan sedar, semuanya milik Allah dan aku tiada berupaya
membuat apa-apa melainkan berdoa agar dia memberi peluang untuk bayi itu hidup.
Doktor tersebut juga menyarankan
agar aku memegang tangan dan berkata2 la selalu dengan bayi itu kerana katanya
dia ada deria dengar dan rasa....
Aku akur dengan saranan Doktor
untuk berkata-kata dengan bayiku itu. Setiap detik, saat dan ketika tatkala berada di situ, aku akan berkata-kata dalam
hati bersamanya menberi harapan hidup, cita-cita besar di masa hadapan di
selangi dengan bacaan surah yassin.
Cukup berat rasanya dugaanku
ketika itu. Tatkala pulang ke rumah bersama isteri dan anak-anakku yang lain; akan
ku ukirkan senyuman pada mereka kerana bagiku sebagai ketua keluarga aku harus kuatkan diri dan tojolkan yang semuanya OK
walau pada hakikatnya bayi aku itu bertarung nyawa.
Di benak fikiran ku berkata-kata
haruskan aku memberi tahu isteriku perkara yang sebenar yang harapan itu tipis... Begitu berat rasanya,
kerana jika aku memberi tahu perkara yang sebenar mungkin dia tidak boleh
menerima hakikatnya dan menjejaskan keadaanya yang sememangnya sedih setelah melahirkan bayi kita itu dan buat pertama kali
bayi tidak di bawa pulang ke rumah.
Jadi ada lebih baik ku pendamkan
saya perkara yang sebenarnya. Ketika itu ku rasa duniaku begitu sepi dan tiada
tempat untuk mengadu... Tapi sebagai ketua keluarga aku harus kuat. Untuk tenangkan
fikiran ku yang berkecamuk ketika itu. Aku menalipon saudara mara dan rakan taulan... dan
setiap satu dari mereka ku pohon agar mendoakan kesihatan bayi ku itu...
Megetahui kan keadaan aku dan
anak ku ramai juga rakan2 sepejabat mengunjungi ku di hospital. Kehadiran
mereka seolah-olah memberi aku dan anak aku suatu harapan dan semangat baru...
Setelah seminggu bayiku itu berada
di incubator, pada hari ke tujuh Doktor mengatakan yang bayi ku itu boleh di
beri susu dan sehari selepas itu di benarkan pulang Alhamdulillah.
Setelah pulang baru kelihatan keceriaan pada
wajah isteriku dan baru la tenang jiwa. Syukur Alhamdulillah Terima Kasih Allah
atas kurniaan mu yang tak terhingga itu.
Itu la Cahaya Malam Dengan
Bisikan Hati atau Nur Leila Najwa nama bayiku itu. Lahirnya di waktu malam yang
bercahaya dan sejak lahirnya hati ku dan hatinya berbisik-bisik memberinya
harapan semangat cita-cita untuk berjuang untuk hidup.
Begitulah kisah 10 tahun yang
lalu. Bagiku ianya amat istemewa dan punyai keistemewaan tersendiri. Jujur
Ikhlas ringan tulang dan pandai mengambil hati orang tua dan kakak yang lain.
Mungkin sebagai mana harapan yang di pohon walau pun badan yg masih kerdil tapi
punyai jiwa yang begitu besar.
Tidak di sangka juga ada bakat lakunan..dalam sketsa pendek Love the Greatest Gift
Happy Birthday Nur Leila Najwa, moga allah selalu sihatkan Wawa, murahkan rezeki Wawa, panjangkan umur Wawa, Jadikan Wawa anak yang solehah, Jadikan Wawa anak yang boleh memberi munafaat pada orang lain, tercapai segala cita-cita dan di beri kejayaan dunia dan akhirat in shaa allah.
No comments:
Post a Comment