Wednesday, January 1, 2014

Tahun Baru 2014

Dah lama blog ni menyepi dari coretan menarik dan mencuit hati. Terkadang terasa dah naik bersawang blog ni. Tapi cita untuk menulis tidak pernah pudar. Cita untuk menghasilkan buku masih tersemat di hati in shaa allah, jika di beri kekuatan, di tambah ilham akan ku gagahi jua satu hari nanti in shaa allah.

Hari ni tertiba timbul semangat baru sempena tarikh unik 010114, agar ianya menjadi titik bermula satu permulaan yang bermakna.

Selepas solat Zuhor aku pun menuju ke Taman U untuk pergi gunting rambut ala2 artis Korea.... I siap tanya macam mana nak maintain gaya rambut sebegitu lantas, I sempat mengambil video penerangan Wilfred. 

Dalam perjalanan pulang, aku melalui jalan yang agar familiar iaitu jalan masuk ke UTM. Di sini lah jalan yang sering ku lalui bertemu sahabat se kolej yg bertuah dan dapat berkerja dgn Kobena Sambu dimana syarikat tersebut berjaya memdapat kontrak bagi pembinaan UTM. Memandangkan ketika itu Ms N saja yang dah berkerja, kadang2 Ms N sering belanja kami yang ketika itu menganggur makan pagi... Hidup kami ketika itu seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. 

Terkadang kecewa juga setelah bertungkus lumus belajar di ITM, tapi setelah grad tak de kerja dan terpaksa menganggur... Begitu lah kenangan silam yg masih segar di ingatan.

Sebelum aku terus leka dgn kenangan lalu, aku teringat untuk nak menziarah Mail yang katanya kena buatan orang. Tapi ku cuba menaliponnya tidak berjawab. Lantas aku cuba menalipon sahabat satu ITM. Kami dah janji nak tengok rumah dan aku nak ajak dia tengok tanah yang aku beli.

Aku pun pergi melihat rumah yang ingin di jual oleh sahabat ku itu. Setelah melihat keadaan rumah apartment 2 bilik tu, aku berminat untuk membelinya. Aku pun nyatakan hasrat hati ku itu, tapi aku dgn terus terang mengatakan padanya yang aku ni mungkin kalau nak ambil loan agak payah, lantas aku dgn selambanya menanyakannya " boleh ke aku bayar ansur2". Jawabnya ikhlas "Boleh..." Aku amat terharu.... Katanya lagi kita kawan dan lama dan kita ni dah macam adik beradik. Adalah sahabat yang setulus ikhlas di dunia yang penuh dgn pancaroba sekarang ni? Ku panjatkan syukur teramat pada allah seolah2 hadiah di tahun baru ini.

Setelah melihat apartment tersebut kami pun beredar utk melihat pula tanah yang aku beli. In shaa allah tahun ni habis lah bayaran ansuran tanah tersebut dan aku fikir nak di betulkan tanah tersebut dan di buatkan pagar. Kadang kala hati kecil ni berkata juga bila setiap kali aku balik, jiran depan rumah tu bukan saja melambakkan lebihan tanahnya ke tanah tu tapi juga lebihan barang2 binaan juga. Dan kini, tanah aku tu jadi tempat parking kereta dan bot pula. Kadang hati ini berdetik juga, mengapa dia tidak perihatin perasaan jiran? Adakah kerana dia ada harta dia rasa semuanya boleh di beli dgn wang ringgit? Tapi aku sangka baik aje la mungkin dia tak tau siapa tuannya jadi tak bolehlah nak minta izin...

Selepas melihat tanah kami pun beredar ke Balinese resort, satu resort ala ala bali yang terperesok ke dalam. Tapi melihatkan orang2 di situ membuat aku seriau dan terus kami beredar pulang. Sebelum pulang kami sempat singgah di Restoran ZZ utk makan mee rebus johor. Alhamdulillah sedap rasanya.

Agak penuh juga aktivi aku di hari pertama di tahun ini... moga allah senantiasa memberkati ku in shaa allah.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com